• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Mohon Maaf, Operasi Di KLIA2 Hampir Pulih

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Operasi syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) yang terjejas sejak Isnin akibat keperluan operasi hampir kembali pulih seperti sediakala hari ini.

Tinjauan Bernama di klia2 hari ini mendapati penerbangan AirAsia seperti yang dipaparkan di skrin jadual penerbangan setakat 1 tengah hari ke Kuching, Sarawak dan Kota Baharu, Kelantan ditangguhkan, manakala penerbangan dari Chennai, India, Surabaya, Indonesia dan Kota Kinabalu, Sabah pula dibatalkan.

Pelepasan dan ketibaan dari destinasi lain pula mengikut jadual.

Menurut jurucakap AirAsia, operasi di klia2 hari ini adalah “lebih baik” berbanding semalam namun beberapa kelewatan, penundaan atau pembatalanpenerbangan adalah disebabkan beberapa isu.

Huru Hara KLIA2.. Bila Ramai Juruterbang AirAsia Selesema

“Jadual penerbangan agak terjejas kerana 13 juruterbang kami mengalami demam selesema, tetapi operasi kami masih O.K kerana kami mempunyai ratusan juruterbang yang lain,” katanya kepada Bernama.

Katanya, AirAsia juga berhadapan dengan gangguan jadual penerbangan terutama pada waktu puncak kerana mengendalikan jumlah trafik penumpang yang ramai.

“Kami juga sedang melakukan pertukaran sistem operasi yang menimbulkan sedikit huru-hara pada permulaannya,” katanya.

Jurucakap AirAsia itu juga menolak andaian kononnya 13 juruterbang yang mengambil cuti sakit itu kerana selsema itu adalah kerana tindakan mogok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam laman Twitter beliau semalam menyatakan “malangnya 13 juruterbang demam menyebabkan timbul isu-isu penerbangan.”

Seorang penumpang Tengku Noradilah Tengku Jalal, 25, berkata penerbangannya dari klia2 ke Kota Baharu sepatutnya berlepas 9.30 malam tadi tetapi ditunda pada 6.30 pagi tadi.

Katanya para penumpang tidak dimaklumkan awal mengenai kelewatan itu dan hanya mengetahui status penerbangannya pada pukul 10.30 malam apabila dimaklumkan oleh petugas syarikat itu kerana tiada maklumat dipaparkan pada skrin jadual penerbangan di klia2.

“Keadaan ketika menunggu di klia2 memang sesak, dengan jumlah penumpang yang terjejas adalah ramai,” katanya, sambil menambah terdapat rombongan pelancong dari China yang mengamuk sambil membuat bising di hadapan kaunter kerana tidak tahan menunggu lama.

Tengku Noradilah berkata beliau mengambil keputusan untuk “bermalam” di terminal klia2 walaupun ditawarkan penginapan di Hotel Tune berhampiran kerana khuatir terlepas penerbangan pada awal pagi.

Seorang penumpang yang enggan namanya disiarkan berkata penerbangan beliau ke Kuching, Sarawak sepatutnya berlepas pada pukul 1 tengah hari ini namun ditunda ke 4 petang.

“Saya tidak diberitahu punca waktu penerbangan saya diubah,” katanya yang akan tetap menunggu di klia2.

AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu disebabkan keperluan operasi.

Menurut syarikat penerbangan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara berkenaan bagi memastikan penumpangnya menikmati perjalanan yang lancar.

“Semua tetamu yang terlibat sedang dimaklumkan dan kami menyediakan bantuan yang diperlukan.

“Pihak AirAsia memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh tetamu kami,” menurut kenyataan AirAsia itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali berkata pihaknya mengambil maklum mengenai masalah tersebut dan sedia membantu para penumpang.

“Kita sedia maklum ada sesetengah syarikat yang terjejas penerbangan dan terlewat akibat masalah cuaca (hujan lebat) yang melanda negara ketika ini,” katanya sambil menambah masalah penumpang AirAsia yang terjejas lebih kepada masalah operasi syarikat itu.

Malaysia Airports adalah pengendali lapangan terbang yang utama di negara ini termasuk klia2. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd