• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Maut Dalam Serangan Bom Kereta Di Homs

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beirut – Satu serangan bom kereta berhampiran sebuah hospital di bandar Homs semalam menyebabkan sekurangnya 16 maut dan berpuluh-puluh lagi cedera, kata badan pemantau.

Serangan berlaku beberapa hari selepas kerajaan meluaskan kawalan di barat bandar itu dengan satu gencatan senjata di Waer, lokasi terakhir dikuasai penentang di Homs.

Kumpulan penentang dan sebilangan orang awam meninggalkan Waer, manakala bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan itu.

Kumpulan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia berkata, sebuah bom kereta meletup berhampiran hospital di al-Zahra, timur Homs.

Beberapa minit selepas letupan itu, satu balang gas meletup menyebabkan beberapa orang cedera terkena serpihan besi.

Agensi berita SANA melaporkan, kereta itu mungkin membawa bom seberat hampir 150 kilogram.

Letupan kuat itu menyebabkan sekurang 16 orang maut dan puluhan lagi cedera.

Bangunan berhampiran kawasan serangan hampir runtuh dan kereta yang diletakkan di jalan raya terbakar.

Sehingga kini tiada pihak atau kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan berkenaan. – Reuters/myMetro Online

Tags: letupan bomSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd