• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Juara Piala Malaysia Diraikan Di Istana Negara

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencemar duli menjemput skuad hijau kuning untuk Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberitahu, jemputan itu berikutan kejayaan pasukan Kedah muncul Naib Juara Liga Malaysia musim ini.

“Walaupun tewas kepada Selangor di perlawanan akhir semalam, kejayaan ke Liga Super merupakan sasaran utama skuad hijau kuning.

“Kegembiraan ini turut dirasai dan dikongsi peminat utama skuad hijau kuning iaitu Yang di- Pertuan Agong Tuanku yang telah memberi perkenan untuk mengadakan Majlis Santapan Diraja bersama pegawai, pemain dan keluarga di Istana Negara,” kata kenyataan itu hari ini.

KFA berkata, sokongan padu Agong yang juga Sultan Kedah sejak tiga dekad generasi bola sepak hijau kuning cukup dihargai dan dipandang tinggi oleh semua pihak di negeri itu.

Skuad hijau kuning akan bertolak esok ke Alor Setar melalui penerbangan MAB jam 1 tengah hari dan dijangka sampai pukul 2:30 petang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Istana NegaraKedahPiala Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd