• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

127 Pegawai KPDNKK N.Sembilan Pantau Harga Barangan

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seramai 127 pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga barangan pengguna bersempena musim perayaan Krismas tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Abu Ubaidah Redza berkata pegawai-pegawai ini akan berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani.

“Selain itu seramai 2,800 ahli skuad pengguna dan 32 orang ahli mesyuarat gerakan pengguna daerah akan membantu KPDNKK negeri untuk memantau harga barang keperluan.

“Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 di sebuah pasar raya di Senawang dekat sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDNKK negeri Mohd Salleh Ma’amor.

Beliau berkata para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas bewarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan ia dengan barangan lain.

“Para peniaga juga diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.

Abu Ubaidah berkata pada perayaan Deepavali yang lepas, pihak KPDNKK negeri telah mengeluarkan 10 kompaun kepada peniaga yang tidak mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Salleh berkata sepanjang 1 Jan hingga Isnin lepas, pihak KPDNKK negeri telah memeriksa sebanyak 114,169 premis di negeri ini dan telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM65,650 bagi 443 kes atas pelbagai kesalahan.

Selain itu sebanyak 360 kes kompaun serta-merta telah dikeluarkan dalam tempoh yang sama meliputi 255 kes di bawah Akta Kawalan Harga Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 (73 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (29 kes) dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (tiga kes). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uAkGH65JWco[/wpdevart_youtube]

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tukang Cuci Pesawat Terbunuh Dalam Insiden Letupan

Next Post

Ahli Keluarga, Rakan-Rakan Beri Penghormatan Terakhir

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

Next Post

Ahli Keluarga, Rakan-Rakan Beri Penghormatan Terakhir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd