• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Tak Setuju KTMB Caj Budak Sama Macam Tiket Dewasa

oleh
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggesa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengkaji semula tambang Komuter untuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas yang sama kadarnya dengan orang dewasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara tersebut akan segera dibincangkan antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak pengurusan KTMB dalam tempoh terdekat.

“Mungkin ada masalah komunikasi… walaupun KTMB umum tambang tiket untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun adalah sama dengan tambang orang dewasa, tetapi kami tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Jadi, SPAD akan bincang dengan KTMB untuk memastikan ia akan terus seperti dasar tambang lama,” katanya kepada pemberita seleaps melancarkan Pameran Kereta Api Berkelajuan Tinggi China, di sini pada Jumaat.

Pada Rabu lalu, KTMB, melalui laman Twitter rasminya mengumumkan bahawa tambang tren Komuter bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas adalah sama dengan kadar tambang bagi orang dewasa.

Baca: China Bina Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru

Pengumuman tersebut telah mendapat banyak sungutan daripada orang ramai kerana selama ini golongan kanak-kanak bawah usia 12 tahun lazimnya menerima tambang separuh harga sahaja.

Untuk rekod, kadar tambang perkhidmatan KTM Komuter langsung tidak pernah disemak sejak dinaikkan kali terakhir pada Februari 2003 dan kenaikan terbaharu berkenaan telah berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu.

Sebelum ini, Presiden KTMB, Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan mengumumkan pada 1 November kenaikan tambang bermula awal bulan ini, dengan kadar tambang tertinggi ditetapkan ialah RM7.10 bagi satu perjalanan.

Bagaimanapun kata beliau, pelajar sekolah rendah dan menengah yang berpakaian uniform serta mahasiswa institusi pengajian tinggi dengan kad rasmi diri penuntut, tetap menikmati diskaun khas sebanyak 50 peratus.

Turut mendapat tambang istimewa itu ialah orang kelainan upaya dengan syarat menunjukkan kad perakuan dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan golongan warga emas yang menunjukkan Mykad sah pemiliknya.

Penumpang dikenakan tambang 15 sen per kilometer, meningkat daripada kadar lama iaitu 11 sen per kilometer serta selepas ditolak subsidi daripada pihak kerajaan sebanyak 5 sen per kilometer. – Mynewshub.cc

Tags: kereta apikomuterKTMBtren
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

Kerja-Kerja Mencantikkan Tren Terpaksa Ditangguh Tunggu Menteri Pengangkutan Lancar – Onn Hafiz

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerja-kerja mencantikkan dan membalut tren KTM Johor terpaksa ditangguhkan kerana perlu menunggu kehadiran Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd