BAGI yang memilih untuk berkahwin pada usia muda, ada antaranya terpaksa menerima tentangan atas alasan faktor usia yang dikatakan belum matang dan belum bersedia untuk menjadi suami/isteri.
Begitu pun, terdapat juga sisi positif sekiranya berkahwin pada usia muda.
Di bawah, kami senaraikan antara perkara manis yang mungkin dikecapi sekiranya anda dan pasangan tidak membuang masa bertahun-tahun lamanya sebelum diikat secara sah di sisi agama.
1: Anda akan berkongsi hidup dengan seseorang yang kenal dan tetap menyayangi anda, di saat anda masih belajar tentang hidup dan dalam proses menjadi matang.
2: Ada ‘kick’ yang lain daripada dating biasa. Sebab anda berdua tahu, penyatuan ikatan bukan sahaja kerana cinta tapi untuk sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersamanya. Tapi memandangkan anda bersama pasangan yang dicintai dan mencintai, semua benda jadi lebih seronok dan mudah.
3: Bila rasa sedih atau down anda seperti ada penyorak sendiri yang berteriak, “Seperti Malaysia, baby pun boleh!” “Sayang dongibap!”, “You are still the best!” atau “Abang, shine bright like a diamond!*”
4: Keluarga tidak akan asyik mahu carikan jodoh untuk anda. Sebab dah kahwin dah pun.
5: Anda berdua dapat belajar tentang perkara-perkara penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan, bersama-sama.
6: Penat macam mana pun (lebih-lebih lagi baru mahu meningkat naik dalam karier), bila balik nanti dah tau ada pasangan di rumah.
7: Masa kawan-kawan sibuk bercerita tentang masalah hubungan dengan kekasih atau orang yang baru hendak dikenal, anda rasa bersyukur sebab dah melepasi fasa itu.
8: Ada seseorang yang selalu mengingatkan bahawa anda disayangi.
9: Anda dan pasangan dapat menghadapi cabaran hidup bersama-sama dan mengajar satu sama lain.
10: Dapat bersama kawan baik, buah hati, ‘partner in crime’ – semua dalam satu.
– MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6XJEtmZfPCQ&w=420&h=315]