• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Negara Hasrat Nyahkod Bunyi Panda, Mudahkan Proses Interaksi

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Zoo Negara berhasrat mengimplementasi kajian menyahkod bunyi panda di negara ini bagi memudahkan proses interaksi dengan haiwan gergasi comel itu.

Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Dr Mat Naim Ramli berkata idea itu berikutan kejayaan saintis Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi di China menyahkodkan 13 jenis bunyi yang dihasilkan panda gergasi jagaan mereka.

Menurut Dr Mat Naim, proses menyahkod bunyi yang dihasilkan panda merupakan kajian komunikasi antara manusia dan haiwan itu dalam usaha memahami keperluan serta sikap setiap panda tersebut.

“Jika diberi peluang melakukan kajian itu, ia akan memudahkan pakar veterinar untuk berinteraksi dengan panda-panda itu,” katanya kepada Bernama.

Sepanjang panda gergasi itu berada di bawah jagaan GPCC, haiwan itu banyak mengeluarkan bunyi pelik daripada kebiasaan terutamanya ketika berada dalam keadaan tidak selesa.

“Terutamanya panda betina Liang Liang yang banyak mengeluarkan bunyi semasa tempoh melahirkan anak, ketika itu ia tidak selesa dan berasa dirinya terancam,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, anak panda betina kepada pasangan Xing Xing dan Liang Liang itu sudah mula berdikari bagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

“Kekerapan Liang Liang melepaskan anaknya itu membolehkan kami membuat pengasingan sekaligus membuat persiapan bagi tatapan umum,” katanya.

Anak panda yang dilahirkan pada 18 Ogos lepas kini mencecah usia dua bulan setengah dan berada dalam keadaan sihat dengan berat hampir mencecah 5 kilogram.

Anak panda itu akan dihantar pulang ke negara asal selepas dua tahun berada di sini, manakala ibu dan ayahnya akan terus menetap di sini selama 10 tahun mengikut perjanjian antara kerajaan Malaysia dan China.

Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjamkan oleh Beijing, tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]STX27Z1A0GI[/wpdevart_youtube]

Tags: panda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd