• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Melaka Sedang Giat Dinaik Taraf – Syarikat Pengurusan

oleh Ahmad Albab
30/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerja menaik taraf Zoo Melaka dan Night Safari sedang giat dijalankan melibatkan baik pulih, pembinaan struktur baharu dan penambahan haiwan, dalam usaha meningkatkan kedatangan pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif KAJ Group of Hospitality Seow Cheng Swee berkata proses naik taraf dilakukan sejak syarikat itu menguruskan zoo tersebut pada 2013 dan proses itu mengambil masa agak lama kerana perlu dilakukan secara berperingkat.

Beliau berkata tumpuan pengubahsuaian kini melibatkan sangkar haiwan yang berusia 50 tahun dan setiap satu sangkar itu mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk diubah suai.

“Banyak pengubahsuaian lain turut dilakukan di zoo ini dalam usaha memberi wajah baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sini,” katanya kepada Bernama di sini.

Pada 19 Nov lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kedatangan pelancong ke zoo, yang terletak di Ayer Keroh di sini, agak membimbangkan dengan 296,000 pengunjung direkodkan sehingga Oktober lepas berbanding kira-kira 720,000 pengunjung setahun pada 2010.

Idris berkata zoo milik Kerajaan Negeri Melaka itu kini dianggarkan bernilai RM9.1 juta dan sebanyak 240 ekor haiwan ditambah di situ sejak tahun 2013.

Seow berkata pada September lepas, pihaknya membawa masuk lima ekor Waterbuck, sejenis haiwan spesies kijang, yang diimport dari Afrika Selatan.

Beliau berkata haiwan itu berharga kira-kira RM200,000 setiap seekor dan akan menjadi daya tarikan terbaharu kepada pengunjung zoo tersebut.

“Waterbuck ini adalah yang pertama dibawa masuk di Malaysia. Tahun depan kita jangka akan membawa masuk Kudu iaitu haiwan antelope yang kini hanya ada seekor sahaja di zoo ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melakazoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd