• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zeti Dianugerahi Keanggotaan Sepanjang Hayat AICB

oleh Ahmad Albab
06/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dianugerahi keanggotaan sepanjang hayat Institut Bank-bank Bertauliah Asia (AICB) pada majlis penganugerahan bank bertauliah pertama, di sini.

Keanggotaan itu dianugerah secara bersama oleh AICB dan Institut Bank Bertauliah (CBI).

Dalam ucapan penerimaannya, Zeti menyifatkan peluang yang diberi kepadanya untuk menyumbang dalam pembangunan sistem kewangan negara, serta kestabilan kewangan dan ekonomi makro, sebagai satu penghormatan.

“Ia satu pengalaman yang amat berharga memandangkan perkembangan keseluruhan dan kemajuan sistem kewangan serta industri perkhidmatan kewangan terus diiringi pertumbuhan dan kestabilan,” katanya.

Sebanyak 45 ahli perbankan Malaysia menjadi kumpulan pertama dianugerahi kelayakan perbankan tertinggi pada majlis itu.

Penerima merangkumi nama-nama gah dalam sistem perbankan Malaysia.

Zeti menerima anugerah daripada Pengerusi AICB yang juga Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, yang sebelum itu menerima anugerah Felo daripada Naib Presiden Kanan CBI, Robert Dickie.

Daripada 45 ahli perbankan bertauliah, 15 termasuk Azman dianugerahi gelaran Felo ‘Chartered Banker’ berdasarkan tempoh keanggotaan mereka dalam AICB serta pengalaman luas dalam industri.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias; Pengerusi RHB Bank Bhd., Tan Sri Azlan Mohd Zainol, dan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Wardini Mokhzani adalah antara 15 penerima berkenaan.

Dalam ucapan penerimaannya, Azman menggambarkan peranan ahli perbankan bertauliah sebagai memprofesionalkan dan mendidik komuniti perbankan ketika ‘kita bergerak ke arah era baharu dalam perbankan’.

Azman juga mengetuai 45 penerima mengangkat sumpah tatalaku profesional sebagai satu komitmen kepada industri.

AICB yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) adalah badan tadbir urus profesional industri perbankan dan perkhidmatan kewangan. – BERNAMA

Tags: Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

02/12/2021
0

SPRM sudah buat pendedahan. Najib juga sudah buat laporan polis. Rakyat tunggu tindakan seterusnya kerana timbul terlalu banyak persoalan. Siapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd