Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Publika Dibanjiri Peminat 16...

MENDAPAT sambutan hangat di YouTube, peminat muzik hip hop tempatan nyata teruja apabila...

Skandal 1MDB: Roger Ng...

New York : Juri pada Jumaat mensabitkan kesalahan terhadap bekas pegawai bank Goldman...

700 Kes Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 700 kes tanah runtuh dan kegagalan cerun dilaporkan sepanjang...

SRC: 11 November Penentu...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan 11 November...

Zahid Tiba Di Malta Untuk Hadiri Mesyuarat CHOGM

VALLETTA (MALTA) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini pada Jumaat untuk menyertai Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-24.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta pada pukul 9.30 malam waktu tempatan (4.30 pagi Sabtu waktu Malaysia) dengan turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.

Ketibaan beliau disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke Itali Datuk Abdul Samad Othman dan para pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Unit Perancang Ekonomi.

Ahmad Zahid mempunyai jadual ketat yang antara lain bakal menghadiri majlis dialog, program pemukiman dan acara penutup CHOGM.


CHOGM yang bermula hari ini akan menangangi isu seperti perubahan iklim, migrasi, ekstremisme keganasan, pemerkasaan belia, kesaksamaan gender dan hak asai manusia.

Dengan bertemakan “Menambah Nilai Global”, CHOGM 2015 mahu mendapat kekuatan Komanwel dalam politik antarabangsa untuk menghadapi isu-isu global. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sA6f7qGYS9U[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori