RENTETAN insiden letupan besar dan tembakan pengganas yang berlaku di Paris, warga ibu kota itu telah menunjukkan sifat perikemanusiaan mereka dan bersatu untuk membantu kesemua mangsa yang terkandas di sana.
Bagi memberi perlindungan dan memastikan keselamatan orang awam yang tidak bersalah, netizen di negara itu telah menggunakan hashtag #PorteOuverte di laman makro Twitter bagi menawarkan perlindungan kepada mangsa.
https://twitter.com/JeremyCliffe/status/665293789410557952?ref_src=twsrc%5Etfw
Porte Ouverte yang membawa maksud ‘Pintu Terbuka’ itu mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang terkandas dan tidak dapat pulang untuk berlindung sementara di rumah sukarelawan berkenaan.
Selain itu, pemandu teksi di sekitar ‘kota cinta’ itu turut menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada orang ramai yang masih berada di sekitar kawasan berisiko untuk pulang ke rumah mereka.
Menurut wartawan tempatan, Nabila Ramdani, orang ramai diminta untuk mengosongkan kesemua bangunan dan diarah untuk pergi ke tempat yang lebih selamat atau terus pulang ke rumah.
*Video letupan bom di luar stadium ketika perlawanan bola sedang berlangsung di bawah*
Baca: Perancis Isytihar Darurat, Ratusan Maut Serangan Di Paris
Juga: Dua Letupan Pengganas Gegar Aksi Perancis-Jerman
“Orang ramai diminta untuk mengosongkan tempat seperti restoran, kelab malam, dewan konsert atau mana-mana tempat yang mereka pergi setiap hujung minggu untuk berhibur, makan malam, melepak dan sebagainya.
“Mereka semua diarah untuk pulang ke rumah atau duduk di dalam rumah. Apa yang menjadi masalah kepada mereka sekarang adalah cara untuk pulang ke rumah,” katanya.
Oleh itu, masyarakat di sana telah menunjukkan sikap prihatin mereka dan menawarkan pertolongan menerusi laman sosial itu untuk melindungi orang yang tidak bersalah.
Memang baik hati orang di Paris itu! Tidak kira siapa sahaja, jika mereka memerlukan bantuan untuk berlindung, rumah orang di sekitar bandar itu sentiasa terbuka untuk mereka.
Dalam tempoh satu malam, hashtag yang digunakan itu mula tersebar dan viral di laman tersebut. – Agensi/MYNEWSHUB.CC