• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Rakyat Malaysia Cerita Detik Cemas Serangan Di Paris

oleh AK-47
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG rakyat Malaysia yang menetap di Perancis, Mohd Farid Razali, 28 nyaris menjadi mangsa dalam serangan letupan yang berlaku di Paris, pada Jumaat.

Menceritakan pengalamannya Mohd Farid berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta api yang melalui stesen berhampiran Stade de France, salah satu lokasi serangan bom dilakukan.

“Ketika kejadian saya berada dalam tren untuk pulang ke rumah. Tren yang saya naiki tiba-tiba berhenti dan kedengaran pengumuman menyatakan telah berlaku sesuatu di stesen seterusnya,” katanya.

Warga Paris Guna Twitter Tawar Bantuan Untuk Mangsa Pengganas

Suasana dalam kereta api kemudiannya menjadi cemas dan orang ramai mula berlari untuk keluar dari situ.


Letupan di Paris: Kenyataan dari seorang rakyat… oleh mynewshub

Mohd Farid berada kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian iaitu Gare Stade de France-Saint Denis atau stesen kereta api berhampiran Stadium Stade de France, iaitu kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan.

“Saya boleh lihat ada yang menangis, ada yang menelefon keluarga dan sebagainya malah saya sendiri turut berlari keluar dari kereta api kerana takut jika terdapat serangan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Farid berkata, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Aulnay-sous-Bois dengan menaiki bas dan melihat polis sudah mengadakan kawalan di merata tempat.

Akui Tuduhan Presiden Perancis, ISIS Dalang Serangan Paris

Dia yang kini berlindung di rumah mendapati kebanyakan kenalannya yang merupakan rakyat Malaysia juga selamat.

“Saya sudah maklumkan kepada keluarga di Malaysia dan pihak kedutaan tentang keadaan saya dan kami rakyat Malaysia sentiasa kemas kini perkembangan terkini dengan mereka,” katanya.

Mohd Farid yang  bekerja sebagai jurutera projek di Paris berkata, pihak kedutaan juga telah memberikan nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi rakyat Malaysia melalui Facebook.

Setakat ini mereka hanya menerima arahan untuk berada di dalam kediaman masing-masing dan memberikan bantuan kepada mereka yang terkandas di dalam tren atau bas. -MYNEWSHUB.CC

Tags: ISISletupan bomrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd