Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Komited Untuk Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada RM1,050 kepada...

Elak Ambil Makanan Lewat...

KUANTAN - Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh...

Keputusan Kes Ibu Tampar...

NIBONG TEBAL - Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini menanggguhkan kepada 8...

1 Lagi Kematian Akibat...

KUCHING - Satu lagi kematian akibat jangkitan Rabies dicatatkan semalam, menjadikan kes penyakit...

Video: Polis Buru Lelaki Ragut Wanita Sebelum Gilis Sampai Mati

PIHAK polis di Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman video CCTV mengenai kes ragut dan bunuh seorang wanita di Georgia bagi membantu mereka melakukan siasatan.

Video yang telah disunting semula oleh polis Covington itu disebarkan untuk mengumpul maklumat dari orang ramai bagi memburu suspek terbabit.

Menerusi rakaman video itu, mangsa, Marsha Johnson, 65, yang sedang memasukkan barang yang dibeli ke dalam but keretanya telah diragut dan bergelut dengan suspek sehingga terjatuh.

Marsha kemudiannya telah digilis berkali-kali sehingga mengalami kecederaan yang parah. Dia dilaporkan mati sejurus tiba di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat letak kereta di sebuah Wallmart di sana.

“Kami mahukan orang ramai menonton video itu dan kongsikannya di laman sosial.

“Kamu tidak tahu orang yang kamu kenali mempunyai maklumat yang kami betul-betul perlukan untuk siasatan,” kata Kapten Ken Malcolm.


CUBYJ13WUAE26vI
Marsha Johnson diragut sebelum dilanggar berkali-kali sehingga mati.

Kekejaman suspek yang bertindak begitu keterlaluan telah mengundang kemarahan ahli keluarga Marsha yang mahukan suspek di bawa ke muka pengadilan.

Menurut anak saudaranya, Marsha yang baru sahaja kehilangan suaminya dan memiliki anak yang sedang bertarung dengan penyakit kanser merupakan seorang yang sangat baik hati.

Apa yang berlaku kepadanya ini sesuatu perkara yang tidak dijangka sama sekali dan tidak boleh diterima.

Oleh yang demikian, pihak polis menyeru orang ramai untuk bekerjasama dan membantu mereka menjejaki suspek yang melakukan jenayah itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori