• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Anak Gadis Pemimpin HK Tampar Ibu Di Pesta Halloween

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Hangat, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI Pemimpin Hong Kong, Regina Leung mengkritik pihak media yang melaporkan insiden beliau ditampar oleh anak perempuannya sendiri, yang kini hangat diperkatakan umum.

Rakaman kejadian yang tersebar, menunjukkan Leung Chai-yan menampar ibunya sebanyak dua kali ketika dipaksa menaiki sebuah teksi selepas menghadiri satu pesta Halloween yang turut dihadiri keluarganya.

Sebelum ini Chai-yan pernah mengakui, dia keluar dari rumah kerana mempunyai hubungan yang buruk dengan ibunya malah sampai memberitahu, Regina bukanlah ibu kandungnya kerana terlalu marah.

Bagaimanapun kepada pihak media, Regina memberitahu anak sulungnya itu seorang yang lemah lembut dan sukakan binatang.

Dalam kejadian awal pagi 1 November lalu, Chai-yan dikatakan menjerit “Ibu pergilah sana! Pergilah!” kepada Regina apabila dipaksa menaiki sebuah teksi.

Keluarga pemimpin Hong Kong
Keluarga pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying bergambar bersama di parti Halloween 1 Nov lalu sebelum terjadi insiden lewat malam.

Chai-yan kemudiannya melawan untuk melepaskan diri termasuk menampar ibunya sebanyak dua kali sebelum berkeras mahu menaiki teksi bersama seorang kawan lelaki.

Gara-gara rakaman kejadian ini yang tersebar, Leung Chun-ying dilaporkan South China Morning Post terpaksa mengadakan sidang media untuk menjelaskan bahawa anak perempuannya itu sebenarnya sudah beberapa tahun bergelut dengan masalah kesihatan dan emosi.

Pada sidang media sama Leung turut menafikan dakwaan Chai-yan bahawa berlaku kekerasan rumah tangga dalam keluarganya selain meminta pihak media agar memberikan privasi kepada anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: HalloweenHong Kong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Cari Suspek Kes Langgar Lari Di Melaka

Next Post

JZNK Agih Bantuan RM128.66 Juta Sejak Jan Hingga Okt Tahun Ini

Related Posts

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

Seorang Warga Malaysia Cedera Dalam Insiden Rempuhan Di Seoul

02/11/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan hanya seorang warga Malaysia yang cedera akibat insiden rempuhan susulan sambutan Halloween di Seoul, Korea Selatan,...

Hong Kong Mulakan Operasi Musnah Periuk Api Perang Dunia Kedua

Hong Kong Mulakan Operasi Musnah Periuk Api Perang Dunia Kedua

11/09/2022
0

HONG KONG: Polis menutup ruang udara dan perairan di tenggara bandar raya itu sebelum meletupkan periuk api era perang seberat...

Next Post

JZNK Agih Bantuan RM128.66 Juta Sejak Jan Hingga Okt Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd