• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSI Berperanan Sedia Modal Insan Berpegang Teguh Nilai Kebenaran

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu memainkan peranan lebih besar untuk membina, membentuk dan menyediakan modal insan yang berpegang teguh kepada nilai kebenaran dan tidak akan berkompromi dengan kemungkaran, salah guna kuasa, rasuah dan ketidakadilan.

Canselor UPSI Tuanku Zara Salim bertitah sebagai sebuah universiti yang mengungguli bidang pendidikan, UPSI sedar fungsinya bukan setakat mengeluarkan graduan, tetapi sebagai pusat ilmu yang manfaatnya, pengaruhnya, kemasyhurannya merentas disiplin ilmu, disiplin peradaban dan sempadan geografi.

“Dalam usaha UPSI menempat diri di persada antarabangsa, UPSI tidak mungkin dapat melakukannya secara sendirian. UPSI sedang meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti-universiti di luar negara melalui pemasaran program pengajian, penghasilan penyelidikan berkualiti serta penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi,” titah baginda.

Raja Permaisuri Perak bertitah pada istiadat konvokesyen UPSI kali ke-17 di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI di Proton City di sini hari ini.

Tuanku Zara turut mengucapkan tahniah kepada para graduan yang berjaya melunas impian diri sendiri dan ibu bapa mereka, sambil mengingatkan mereka bahawa cabaran lebih besar menanti di luar kampus khususnya dalam mengharungi dunia kerjaya.

“Sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan adalah orang-orang yang mempunyai kelebihan tertentu di sisi Allah subhanahu wata’ala. Beta menyeru kepada semua graduan agar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh di universiti ini untuk kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

“Janganlah pula para graduan lupa pada adat sopan, kewarasan akal dan juga pertimbangan-pertimbangan agama demi memastikan sebarang tindakan yang bakal diambil adalah selari dengan nilai-nilai agama, moral dan tatasusila kehidupan,” titah baginda.

Baginda bertitah UPSI turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Pengarah Urusan Adni Consultancy Sendirian Berhad yang juga Pengetua ADNI Islamic School, Hasni Mohammed.

“Penganugerahan ini adalah pengiktirafan UPSI kepada sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara dalam bidang pendidikan. Beta mengucapkan tahniah di atas penganugerahan ini,” titah baginda.

Pada istiadat hari ini, sebanyak 86 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah, 1,834 graduan menerima ijazah Sarjana, ijazah Sarjana Muda (643) dan Diploma (41). – BERNAMA

Tags: Tuanku Zara SalimUPSI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD Di UPSI

12/11/2025
0

Penulis Lirik Terkenal Hairul Anuar Harun Dikurniakan PhD di UPSI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd