• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Suai Bangunan Di Washington Tidak Sesuai – Wisma Putra

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar menjelaskan kementerian itu telah mengubah suai dua bangunan di Washington DC untuk dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan tetapi kemudian ia dianggap tidak sesuai bagi tujuan tersebut.

Mengulas laporan media tempatan mengenai bangunan di Washington DC yang dibiar kosong selepas proses pengubahsuaian berharga RM14 juta, kementerian itu berkata ia berikutan peraturan baharu yang dikenakan pihak berkuasa tempatan wilayah Columbia.

“Bagi memastikan imej positif Kedutaan Malaysia, kementerian melakukan pengubahsuaian di kedua-dua bangunan, Annex 1 dan Annex 2, pada 2010 untuk dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan.

“Bangunan itu terletak di kawasan perumahan dan dianggap tidak sesuai dijadikan pusat pendidikan dan pelancongan,” kata kementerian dalam kenyataan, Selasa.

Kenyataan itu juga menambah hartanah itu masih diselenggara dengan baik selaras dengan peraturan tempatan yang memerlukan pemilik bangunan kosong memastikan beberapa penyelenggaraan asas termasuk sampah, sistem perparitan, balkoni dan cerobong.

Menurut kementerian, selepas proses panjang mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan, kedua-dua bangunan itu kini diubah suai menjadi unit rumah petugas tempatan selaras dengan undang-undang zon Columbia bagi memulihara nilai warisan bangunan.

“Pengubahsuaian dua bangunan berkenaan yang dilaksanakan mengikut jadual akan siap pada pertengahan 2016. Ketika proses ubah suai itu, ia tidak boleh didiami kerana melanggar peraturan bangunan tempatan termasuk kesihatan dan keselamatan,” tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Wisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

Duta Besar Palestin Ucap Terima Kepada Kerajaan Dan Rakyat Malaysia – Tok Mat

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu, Jehad...

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

26/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu pencapaian bersejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd