• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turunkan Status Untuk Tangani Konflik Antara Manusia Dan Buaya

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Hutan Sarawak mencadangkan status buaya yang hidup liar diturunkan daripada Lampiran 1 sekarang untuk menguruskan haiwan itu dengan lebih baik sekali gus memastikan konflik antara manusia dan buaya dapat ditangani.

Pengarahnya Sapuan Ahmad berkata langkah tersebut perlu berikutan populasi buaya di negeri ini semakin meningkat dan kadangkala memberi ancaman kepada penduduk setempat.

“Populasi buaya di negeri ini semakin bertambah berikutan sungai tidak lagi menjadi laluan utama pengangkutan kepada masyarakat.

“Pertambahan populasi ini mengakibatkan konflik antara manusia dan buaya berlaku menerusi kes serangan yang dilaporkan, oleh itu kita minta supaya buaya diturunkan daripada Lampiran 1 untuk mengangani perkara tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Sapuan mewakili Jabatan Hutan Sarawak menandatangani memorandum persefahaman (Mou) Program Kesedaran Penanaman Pokok Bakau dan Spesies Lain Yang Sesuai di Persisiran Pantai dengan Fuji Xerox Malaysia yang diwakili Pengurus Besar Pemasarannya, Toru Nakazaki.

Mengulas lanjut Sapuan yang juga Kontroler Hidupan Liar berkata ketika ini atas faktor keselamatan, orang awam dibenarkan untuk menembak atau membunuh buaya bagi tujuan mempertahankan diri serta harta benda seperti ternakan daripada daripada serangan buaya melalui peruntukan dalam Seksyen 42 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Sapuan berkata bagaimanapun orang awam perlu segera melaporkan kepada Pejabat Hutan terdekat dalam tempoh 24 jam jika mereka membunuh atau menembak buaya bagi tujuan mempertahankan diri.

Sarawak mempunyai Ordinan Perlindungan Hidupan Liar sendiri yang digubal pada 1990 untuk melindungi haiwan itu daripada pupus tetapi mengikut Lampiran I, larangan dibuat terhadap penjualan produk buaya yang dibunuh, terutamanya daging dan kulitnya, ke pasaran antarabangsa memandangkan mana-mana transaksi perdagangan antarabangsa dikawal selia oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Liar yang Terancam (CITES). – BERNAMA

Tags: Buayamasyarakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd