• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPP: Semakin Mendapat Sambutan, Kata Mustapa

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang mewakili 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia, semakin mendapat sambutan dan sekurang-kurangnya lima lagi negara berminat untuk menyertai pakatan yang diterajui Amerika Syarikat itu.

Sejak siap dan teks pakatan perdagangan itu diterbitkan, ‘kritikan’ terhadapnya telah reda, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Semakin ramai yang lebih memahami mengenai pakatan perdagangan itu sekarang ini, termasuk di Malaysia.

“Ini telah dinyatakan dalam perbincangan saya dan mesyuarat dua hala dengan beberapa rakan-rakan anggota TPP,” kata beliau kepada pemberita di luar acara Mesyuarat Menteri-menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Isnin.

Malah, katanya, lima negara, termasuk beberapa anggota ASEAN, berminat untuk menyertai perjanjian perdagangan itu, yang akan menjadi kawasan perdagangan bebas terbesar pernah diwujudkan.

“Sebahagian daripada negara-negara itu sedang mendapatkan sokongan Malaysia untuk menyertai TPP,” katanya, sambil menambah, mereka yang sebelum ini ragu-ragu mengenainya berasa selesa sekarang selepas teks itu yang dikeluarkan.

Semasa ditanya sebab negara-negara berkenaan menunjukkan minat yang mendadak untuk menyertai TPP, beliau berkata: “Satu negara menyebut bahawa ia tidak mempunyai pilihan lain kerana banyak negara lain melakukan perkara yang sama dan mereka tidak mahu ketinggalan.”

Selain itu, TPP juga dilihat sebagai usaha ke arah zon bebas tarif di Asia Pasifik, katanya.

Mustapa, bagaimanapun, enggan mendedahkan negara-negara baru yang mahu menyertai perkongsian itu.

APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

Daripada 21 buah negara berkenaan, 12 anggota TPP.

Anggota APEC yang tidak berada dalam TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Russia, Taiwan dan Thailand.

Para pemimpin negara-negara anggota TPP bersedia untuk bertemu di luar acara mesyuarat APEC yang pertama sejak siap dan penerbitan teks.

Mereka dijangka menyatakan komitmen masing-masing bagi pakatan itu. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

13/03/2024
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd