Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

PM Najib Naiki Kereta...

TIANJIN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan...

Riz Ulala ‘Nyah’ Cantik...

SEMAKIN hari semakin menjadi-jadi pula bilangan golongan maknyah ni. Semuanya boleh tahan cantik...

Tips Berguna Menyimpan Biskut...

SEWAKTU ramai mula sibuk membuat biskut raya, setiap malam pastinya akan ada aroma menarik...

Jangan Beban Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki merayu kepada...

TPM Ke UK Eratkan Kerjasama Dua Negara

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dari 8 hingga 11 November ini.

Beliau akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Hamidah Khamis serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Semasa di UK, Timbalan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama di `7th World Chinese Economic Summit’.

“Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat Inggeris beliau, PYT Theresa May, Menteri Dalam Negeri UK,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, lawatan ini antara lain bagi memperkukuhkan hubungan dua hala terutamanya kerjasama dalam bidang sekuriti, anti-keganasan dan imigresen kedua-dua negara.


Jelas kenyataan itu, Malaysia dan UK mempunyai hubungan dua hala yang erat dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, sekuriti dan pertahanan.

“Jumlah dagangan dua hala bagi tempoh Januari hingga Ogos 2015 berkembang sebanyak 7.9 peratus kepada RM10.60 bilion (USD2.86 bilion) berbanding tempoh sama pada tahun 2014.

“Jumlah dagangan dua hala pada tahun 2014 pula meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM15.04 bilion (USD4.59 bilion) berbanding tahun 2013 di mana jumlah dagangan bernilai RM14.16 bilion (USD4.50 bilion),” kata kenyataan itu. – mnewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori