• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Sedia Tarik Diri Debat 1MDB Jika Ganggu Siasatan PAC

oleh
06/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH ini lawak jenaka atau kebetulan merajuk atau memang penakut berdepan dengan bekas legenda pembahas terbaik Maktab Tentera Diraja, Arul Kanda dalam debat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Itulah persoalan yang tercetus selepas ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua berkata, beliau bersedia untuk tidak menyertai debat tersebut bagi memastikan siasatan PAC terhadap 1MDB dapat diteruskan.

Pengerusi DAP Selangor mendakwa, kononnya beliau tidak akan membenarkan prosiding ke atas 1MDB terganggu akibat penglibatannya dalam kancah debat bersama Presiden syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu.

Ini bererti beliau akan digantikan dengan pemimpin lain dan perkara itu disahkan Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook yang juga ahli Parlimen Seremban dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

“Saya tidak boleh biar siasatan tersebut terbengkalai. Rakyat menaruh harapan kepada PAC untuk siasatan ini,” kata Tony Pua sebagai mengulas amaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada hari sama.

Kata Setiausaha Publisiti DAP itu, beliau akan meminta penjelasan rasmi daripada Pandikar berhubung kenyataan tersebut kerana, setahunya penganjuran debat sedemikian tidak menyalahi mana-mana peraturan Parlimen.

“Walau bagaimanapun saya hormat keputusan Speaker. Atas sebab itu, saya akan minta penjelasan secara rasmi dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu,” kata Tony Pua dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Baca: Speaker Ancam Letak Jawatan Jika Debat 1MDB Diteruskan

Juga: Tony Pua ‘Bocor’ 10 Soalan Debat Dengan Arul Kanda

Terdahulu, Pandikar menggesa Tony supaya melepaskan jawatan sebagai anggota PAC jika mahu berdebat dengan Arul Kanda kerana proses penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen itu mestilah telus.

Menurut Pandikar, perbahasan awam mengenai 1MDB bertentangan dengan peraturan Dewan Rakyat (Peraturan Mesyuarat Perkara 85) kerana Tony Pua merupakan ahli PAC manakala Arul sebagai saksi PAC dalam kes 1MDB.

Untuk rekod, Peraturan Mesyuarat Perkara 85 adalah menyatakan bahawa semua siasatan harus dibentangkan kepada pihak jawatankuasa terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan secara terbuka kepada umum.

Selain itu, Pandikar berkata Arul Kanda juga tidak lagi boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan dan prosiding PAC bagi mengekalkan ketelusan siasatan selaras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ketika Tony cuba berdalih seolah-olah menjadi mangsa dan terpaksa menarik diri daripada debat, beliau lupa syarat kedua yang ditetapkan oleh Pandikar bahawa Arul Kanda juga boleh dilarang untuk datang siasatan PAC.

Ini bermakna jika Arul Kanda terus terlibat dalam perdebatan, prosiding PAC ke atas 1MDB juga tergendala gara-gara tindakan Tony Pua mencabar pemimpin 1MDB itu mendedahkan banyak isu yang masih dalam siasatan PAC.

Nampaknya pembangkang sengaja mencari helah dengan ‘memusing’ fakta bagi meneruskan niat jahat mereka mengganggu siasatan 1MDB, sekali gus menunjukkan kepada rakyat konon 1MDB cuba sorok rahsia tertentu.

Apa salahnya pembangkang tunggu sehingga akhir tahun ini kerana segala siasatan PAC akan selesai menjelang bulan depan dan perlu dibentangkan di Parlimen sebelum sesi sidang kali ini tamat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBArul KandaPACTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd