• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan KP Jakoa Dituduh Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
12/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (Jakor), Nisra Nisran Angit@Asra Ramlan mengaku tidak salah terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai lebih RM74,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media berkata, Nisra Nisran Angit, 40, dituduh melakukan kesalahan itu di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur hari ini.

“Mengikut pertuduhan pertama, Nisra Nisran Angit dituduh menerima barang bernilai RM34,600 dengan tiada balasan daripada Hamzah Sia melalui akaun bank pihak ketiga milik Yusoff Othman yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah yang ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya.

“Mengikut pertuduhan kedua, Nisra Nisran Angit dituduh menerima RM20,000 dengan tiada balasan daripada Hamzah melalui akaun bank Yusoff yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja-kerja rasminya,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata SPRM, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin manakala passport ditahan oleh mahkamah.

“Kes akan disebut semula pada 8 Disember 2015,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: JAKOArasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd