• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teks Perjanjian TPPA Pelihara Kedaulatan Negara – Perdasama

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Teks akhir Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) oleh kerajaan Malaysia memelihara hak Bumiputera dan kedaulatan negara ini!

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) selepas meneliti teks perjanjian berkenaan yang disiarkan oleh kerajaan untuk tatapan umum baru-baru ini. .

Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, teks akhir TPPA itu secara tidak langsung membuktikan kecemerlangan kerajaan Malaysia dalam mengadakan rundingan.

“Teks akhir yang diumumkan membuktikan bahawa prasangka dan kembimbangan oleh pelbagai pihak tentang kononnya TPPA merupakan satu bentuk penjajahan ekonomi oleh Amerika Syarikat tidak berasas.

“Menurut teks akhir berkenaan yang dimuat naik dalam laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), hak Bumiputera dan kedaulatan negara tetap terpelihara di samping isu-isu seperti kontrak kerajaan kekal 30 peratus diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Moehamad Izat turut menegaskan teks perjanjian TPPA itu menyebut semua syarikat milik kerajaan diberi kelonggaran untuk memberi keutamaan kepada pembekal Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga 40 peratus daripada pembelian tahunan.

Malah, katanya, pembekal dan pekilang Bumiputera terus menikmati harga keutamaan bagi barangan dan perkhidmatan serta kontrak pusat untuk item sedia ada.

Justeru, kata beliau, Perdasama yakin TPPA akan memberi kesan positif seperti meluaskan pasaran eksport negara tanpa karenah dan sekatan di samping para pengguna di Malaysia bakal menikmati pelbagai manfaat, termasuk pemerolehan barangan berkualiti pada harga lebih berpatutan.

“Pengguna tempatan juga bakal mempunyai banyak pilihan barangan asal berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif dari 12 negara terbabit.

“Apa yang diperlukan sekarang sehingga TPPA dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan bagi mendapat keputusan awal tahun depan ialah siri penerangan yang lebih kerap dengan pihak-pihak berpentingan supaya segala kesangsian dapat diperjelaskan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PerdasamaTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd