• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tebusan RM2 Juta: 14 Suspek Kes Culik Kakak Tan Sri Dicekup

oleh
19/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor menyelesaikan kes culik kakak ahli perniagaan ternama bergelar Tan Sri bagi mendapatkan tebusan RM2 juta pada 10 November lalu, dengan penahanan 14 individu termasuk perancang utama, seminggu selepas kejadian.

Kesemua suspek warga tempatan termasuk empat wanita berumur antara 19 dan 40 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur semalam, termasuk di kafe di Jalan Doraisamy, kelab di Jalan Tun Razak dan rumah kedai di Cheras.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang juga ahli perniagaan berusia 63 tahun diculik oleh tiga lelaki menaiki kereta ketika wanita itu sedang mendapatkan rawatan di pusat rawatan tradisional di Kelana Jaya.

“Ketika kejadian, tiga pekerja di pusat rawatan berkenaan cuba menghalang tetapi seorang daripada mereka telah dipukul oleh suspek menggunakan topi keledar. Mangsa telah ditahan di rumah di kawasan Cheras,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Rabu.

Menurut Abdul Samah, suspek turut meminta wang tebusan RM2 juta daripada keluarga mangsa sebagai syarat untuk melepaskan wanita itu.

Pada kira-kira 10 malam, Isnin lalu, keluarga mangsa membayar wang tebusan RM2 juta kepada suspek dan sekitar 10 malam hari sama, mangsa dibebaskan di Stesen LRT Bandar Baharu Sentul, Kuala Lumpur, katanya.

Abdul Samah berkata, susulan pembebasan mangsa pasukan khas polis yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, menangkap empat lelaki di rumah kedai di Taman Bukit Anggerik, Cheras, kira-kira 12.45 pagi pada Selasa.

Turut dirampas daripada suspek ialah wang tunai RM10,740 selain sebilah parang, seutas tali digunakan untuk mengikat mangsa, tiga buah topi keledar serta pakaian dipakai suspek ketika kejadian.

Pada masa sama, katanya, satu lagi pasukan khas polis telah melakukan serbuan di kafe di Jalan Doraisamy dan menangkap lima lelaki termasuk perancang utama kes culik itu serta empat wanita pada kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata, turut dirampas daripada suspek terbabit ialah wang tunai RM514,270, 11 telefon bimbit, sepucuk pistol tiruan dan dua buah kereta Toyota Altis dan Toyota Estima yang digunakan ketika menculik mangsa.

“Pada masa sama juga, satu lagi pasukan khas polis telah menangkap seorang lelaki di kelab di Jalan Tun Razak kira-kira 1 pagi dan turut merampas wang tunai RM197,700, kereta dan telefon bimbit daripada suspek.

“Keseluruhan wang tebusan yang berjaya ditemui semula berjumlah RM722,670 dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan baki wang tebusan RM2 juta itu.

“Kita percaya kes ini berjaya diselesaikan berikutan kesemua 14 suspek terlibat secara langsung dan tidak langsung berjaya ditangkap. Kita juga masih siasat sama ada kumpulan ini ada terlibat dengan kes culik yang lain,” katanya sambil menambah seorang daripada suspek ada dua rekod kesalahan lampau iaitu samun dan pecah rumah.

Mengenai perancang utama kes culik itu, Abdul Samah berkata lelaki berusia awal 40-an terbabit juga terlibat dalam perniagaan dan pihaknya sedang menyiasat status perniagaan suspek.

Tambah beliau, kesemua suspek kini direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. – Bernama

Tags: culiktebusan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Nafi Berita Konon Singapura Dikepung, Ditutup

Next Post

Terbaik! Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Next Post

Terbaik! Murid Kelas Corot Dapat 5A UPSR

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd