• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Komuter Naik 4 Sen Sekilometer, Maksimum RM7.10

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar baharu perkhidmatan Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) naik dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember ini bagi laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut, Negeri Sembilan dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Presiden KTMB Lt Kol (B) Sarbini Tijan berkata kadar kenaikan tambang baharu itu mengikut perjalanan stesen ke stesen, tetapi harga tambang komuter bagi laluan antara Sungai Gadut ke Tampin dan Kamunting ke Gurun tidak mengalami sebarang perubahan.

“Kadar tambang baru ini adalah bagi menampung kos operasi serta kos penyelenggaran yang meningkat setiap tahun,” katanya pada sidang media pengumuman kadar baru itu di Stesen KL Sentral di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam struktur tambang baharu ini, KTMB juga memberi diskaun 20 peratus daripada kadar tambang tiket tunai untuk pembayaran tambang tanpa tunai (Touch’ n Go).

Fambahnya diskaun sebanyak 24 peratus bagi tiket mingguan dan diskaun sebanyak 33 peratus untuk tiket bulanan.

Beliau berkata pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi juga layak menerima tambang konsesi sebanyak 50 peratus di bawah struktur tambang baharu itu.

KTM Komuter juga masih mengekalkan tambang konsesi bagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu 50 peratus daripada kadar tambang tunai baharu manakala kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah percuma.

Sarbini berkata pelaksanaan struktur tambang baharu itu berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta telah dipersetujui oleh Kabinet.

Katanya, pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003.

Beliau berkata KTM juga bakal menyediakan Automatic Fare Collection System (AFC) tahun depan, kemudahan jalur lebar wi-fi dalam tren dan kereta api elektrik berkelajuan 160km sejam bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Sementara itu, beliau berkata KTM telah mengaktifkan jawatankuasa banjir di Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan sebagai persediaan menghadapi musim banjir. – BERNAMA

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Terpinggir Kerana Dianggap Musuh Kerajaan

Next Post

Terpulang Kepada Pua Untuk Berdebat Dengan Arul Kanda

Related Posts

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

KTMB Laksana Jadual Baharu, 6 Perkhidmatan Bermula 1 Ogos Ini

29/05/2024
0

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan penjadualan baharu bagi laluan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan memperkenalkan...

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

Penganjur Parti Patuhi Syarat Tren Sewa Khas – KTMB

21/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter...

Next Post

Terpulang Kepada Pua Untuk Berdebat Dengan Arul Kanda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd