• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Guru ‘Rasis’ Persoal Keturunan Bugis Dikecam

oleh AK-47
26/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIFAT rasis membawa maksud seseorang itu beranggapan bahawa kaumnya lebih mulia daripada kaum lain, atau dalam kata lainnya menganggap sifat sesuatu keturunan itu sudah ditentukan secara biologi dan semuanya sama sahaja.

Individu yang rasis sering prejudis terhadap masyarakat lain kerana berasa lebih unggul dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

Terbaharu, ramai tersinggung apabila seorang guru di Sabah memuat naik status Facebook bagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Jabatan Daerah Keningau yang mengambil pekerja berbangsa Bugis.

Guru berkenaan menyifatkan Bugis adalah ‘bangsa asing’ dalam luahan status tersebut.

mec

Ketika menghantar sepupu untuk berurusan di pejabat daerah Keningau hari ini sy benar2 terpukul. Seorang anak kepada bangsa asing yang menjalani latihan praktikal di pejabat itu dengan mudahnya diserap untuk berkhidmat secara tetap di jabatan itu.

Apakah kita sudah benar2 ketandusan tenaga kerja daripada kalangan anak tempatan sehingga anak keturunan bugis kita jadikan kakitangan di jabatan2 penting kerajaan? Masih ramai anak tempatan yang berkelulusan tinggi dan berkelayakkan di luar sana yang belum mendapat pekerjaan tetap.

Saya tertanya-tanya juga siapa sebenarnya “orang dalam” yang bertanggugjawab terhadap perbuatan sumbang ini. Bagaimana agaknya masa depan daerah ini atau masa depan negara ini jika jawatan2 penting dalam kerajaan dipegang oleh anak2 bangsa asing.

Anak-anak tempatan Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak buka mata, buka mulut dan ambil tindakan. Kalau bukan kita siapa lg, jika bukan sekarang, bila lagi. Jgn tunduk ketika dipijak.

Jangan pula selepas membaca artikel ni ada yang melabel sy perkauman, tiada istilah perkauman untuk bumiputera dan bukan bumiputera apalagi warganegara dan bukan warganegara.

Susulan status tersebut, ramai netizen megecam pemikirannya termasuk salah seorang bekas muridnya yang sempat meluahkan pandangan terhadap sikap guru terbabit ketika mengajar di sekolah.

“Aduiee, miss zaidah, sakit bah tu miss cakap mcm tu. Saya bekas pelajar miss dulu. Saya ank bugis. Bkn mau ungkit time miss ajr dlu, tpi miss ingt lagi kah time di kelas. Miss tak suka sangat bngsa bugis. Miss selalu sindir anak bugis. Tapi saya tak ambil hati sangat time tu. Tapi ni kali miss dah telebih sangat-sangat, Ni bukan gurauan miss. Miss fikir la balik,bukan nak ajar miss. Tapi saya cuma mau miss renung balik kata-kata miss. Saya tau sy siapa. hnya ank pndatng yg ingin mncri ilmu dn rzki d bumi sabah. Maaf kalau ad kata2 yg tk selesa d hati,” tulis Enna Tang.

Pada kami sesiapa sahaja apatah lagi seorang pendidik seharusnya mempunyai nilai empati dan rasional apabila mahu melontarkan kata yang boleh menyinggung orang lain.

Apatah lagi bila berbicara konteks bangsa, memandangkan Sabah dan Sarawak berbeza etniknya berbanding di Semenanjung Malaysia.

Biarkan kerajaan mainkan peranan dalam hal ini untuk tentukan peratusan kaum yang layak bekerja dalam mana-mana sektor dan jika mahu luahkan pendapat, pergilah kepada saluran betul bila melibatkan isu sensitif sebegini.

Ini bukan soal salah atau betul tapi jika mahu dihormati, belajarlah untuk menghormati orang lain juga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Guruisu rasisrasis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd