Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pelan Wilayah Kuala Lumpur...

KUALA LUMPUR – Pelan Wilayah Kuala Lumpur 2020-2040 akan diwartakan pada akhir tahun...

Pekerja Bank Ditahan Bantu...

MUAR - Polis berjaya menahan seorang wanita yang merupakan pekerja sebuah bank di...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini...

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa...

Rasa Tak Selamat Di...

PENYANYI Ed Sheeran menyatakan kemungkinan yang dia ingin berhijrah ke New Zealand. Menurut pelantun...

Sharifah Haslinda, Reezal Merican Bakal Bercerai

PELAKON Sharifah Haslinda yang juga merupakan kakak kepada Sharifah Sakinah dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya iaitu Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sebutan penceraian itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, Selangor kira-kira jam 3 petang pada Isnin.

Sementara itu, Haslinda yang pernah membintangi drama Dhia Sofea dalam slot Samarinda TV3 dikatakan tidak hadir ke mahkamah namun diwakili peguamnya.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes ini.

Dalam pada itu, Haslinda yang mesra disapa Lynn ketika dihubungi mStar Online memberi jawapan seolah-olah tidak mengetahui mengenai kes penceraiannya

“Tak ada apa-apa kes pun. Okeylah, saya sedang memandu, nak keluar dengan anak-anak,” katanya.


Haslinda atau nama sebenarnya Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al-Khaired , 43, mendirikan rumah tangga dengan ahli parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori