• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Mula Dua Projek Loji Rawat Air Tahun Depan Bernilai RM800 Juta

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan membina dua loji rawatan air baharu, bernilai RM800 juta, mulai tahun depan sementara menanti siapnya projek Langat 2, yang dijangka siap pada 2019.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata dua projek itu ialah Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Jenderam Hilir dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang di Kuala Langat.

Katanya projek itu bagi mengurangkan krisis kekurangan bekalan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri negeri itu.

“Proses tender projek Semenyih bermula Disember dengan projek dijangka bermula suku pertama 2016.

“Labohan Dagang selewat-lewatnya tender dibuka pada Mac 2016 dan projek bermula pada pertengahan 2016,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sini, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, anak syarikat penuh kerajaan negeri secara rasmi mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd pada 15 Okt lepas.

Mohamed Azmin berkata sementara menunggu pelaksanaan projek itu, kerajaan negeri mengadakan program kesedaran penjimatan penggunaan air untuk rakyat.

Ditanya mengenai cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad bahawa persoalan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS, Mohamed Azmin berkata: “Itu cadangan dia sahaja…kita akan bincang.”

Pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Amanah Selangor pada Khamis ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan itu, katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Selangorloji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

Selangor Rekod RM60.1 Bilion Pelaburan Tahun Lalu

16/03/2023
0

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merekodkan RM60.1 bilion pelaburan membabitkan pelbagai sektor termasuk perkilangan dan perkhidmatan sepanjang tahun lalu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd