• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Pelancongan Mampu Ubah Keadaan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suntikan positif sektor pelancongan mampu mengubah keadaan ekonomi yang agak menggusarkan kini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengatur pelbagai strategi bagi merancakkan sektor pelancongan dan seterusnya mengekalkan kedudukan Perak sebagai negeri yang meraih kedatangan pelancong domestik tertinggi di Malaysia bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

“Langkah ini adalah bertepatan dengan suasana ekonomi semasa, ditambah dengan langkah Kementerian Pelancongan yang menganjurkan sambutan ‘Malaysia Year of Festivals’.

“Selama tiga tahun berturut-turut, negeri Perak telah menerima kunjungan pelancong domestik sebanyak 5.6 juta orang bagi tahun 2012, 6.01 juta orang (2013) dan 7 juta rakyat Malaysia pada tahun lalu,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2015, di sini malam tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri turut memperbanyakkan aktiviti pelancongan dan memperluaskan promosi dengan menyasarkan pelancong domestik serta peringkat antarabangsa termasuk daripada negara Arab, Jepun, Korea, China dan juga negara-negara Barat.

“Program pengantarabangsaan Perak dengan penganjuran persidangan dan acara antarabangsa seperti Pangkor International Development Dialogue (PIDD), World Civilization and Islamic Thoughts (WCIT), Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA) turut meningkatkan kedatangan pengunjung tempatan dan juga pengunjung asing ke negeri Perak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata malam anugerah yang dianjurkan Tourism Perak itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri pelancongan di negeri ini.

“Malam anugerah ini diadakan sekali bagi setiap dua tahun yang bertujuan untuk mengiktiraf agensi kerajaan dan swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan yang banyak memberikan khidmat serta sumbangan bagi memartabatkan lagi industri pelancongan di negeri Perak.

“Anugerah ini diberikan kepada mereka sebagai pendorong dan menjadi inspirasi kepada penggiat industri pelancongan di Perak untuk mengekalkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Sebanyak 23 kategori dipertandingkan pada malam anugerah tersebut termasuklah kategori Hotel Terbaik, Resort Terbaik, Homestay Terbaik, Produk Pelancongan Terbaik, Agensi Kerajaan Berinovasi, Media Berinovasi, Restoran Terbaik, Pengusaha Kraftangan Terbaik dan Pemandu Pelancong Terbaik.

Anugerah khas juga turut disampaikan kepada tiga personaliti terbaik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LmKcMXSGfXI[/wpdevart_youtube]

Tags: PelanconganZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd