• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Persoal Motif Pihak Terus Kritik 1MDB

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan motif pihak tertentu yang terus mengkritik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi tidak menerima penjelasan yang dibuat.

“Terdapat segelintir masyarakat yang berasa tidak berpuas hati dengan tindakan 1MDB yang telah meminjam berbilion-bilion untuk melakukan pelaburan, dan mereka mahu hutang ini dibayar balik,” kata Salleh.

Beliau berkata kumpulan masyarakat berkenaan turut tidak berpuas hati dengan syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berhasrat untuk membeli sebahagian daripada aset 1MDB.

“Mereka tidak membenarkan sebarang syarikat tempatan seperti TNB untuk membeli aset. Jikalau 1MDB menjual asetnya kepada syarikat tempatan tersebut, maka masyarakat ini akan memanggilnya sebagai “bailout”!,” katanya dalam blog sskeruak.blogspot.com hari ini.

Salleh berkata kini, 1MDB berada pada peringkat akhir proses menjual anak syarikat milik IMDB Edra Global Energy Berhad kepada pelabur asing.

Tindakan itu katanya, banyak menerima kritikan kerana pengkritik mendakwa harga penjualan itu adalah amat rendah, meskipun harga yang dikenakan kepada pelabur asing berkenaan lebih tinggi, jika dijual kepada TNB.

Selain itu, katanya terdapat juga kata-kata bahawa keadaan itu merupakan satu tindakan pengkhianatan kerana melibatkan pelabur asing dan sebagainya.

“Keadaan menjadi semakin rumit apabila masyarakat tidak mengetahui apa yang diinginkan mereka. Mereka mahu 1MDB mengurangkan beban hutang dan pada masa sama, mereka tidak mahu mana-mana syarikat tempatan membeli aset 1MDB, begitu juga tidak membenarkan 1MDB untuk menjual asetnya kepada pelabur asing. Dengan itu, apa yang mereka ingin 1MDB lakukan?,” katanya.

Beliau berkata pada akhirnya, 1MDB hanya boleh melakukan tiga perkara sahaja dan ketiga-tiga perkara itu, tidak dapat diterima oleh para pengkritik.

“Justeru, wujudnya juga alternatif keempat iaitu muflis. Adakah ini merupakan satu tindakan yang mereka ingin 1MDB lakukan iaitu 1MDB diisytiharkan muflis? Supaya mereka boleh menggunakan isu ini untuk menentang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)?,” hujah Salleh. – BERNAMA

Tags: 1MDBSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd