• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM27.1 Bilion Pelaburan Terkini ECER Diluluskan Untuk Negeri T’ganu

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM27.1 bilion pelaburan terkini telah diluluskan untuk Terengganu menerusi pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dari 2007 hingga suku ketiga tahun ini.

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), jumlah pelaburan itu merangkumi sektor pembuatan (RM13.02 bilion), bioekonomi (RM6.39 bilion), pelancongan (RM3.65 bilion), minyak, gas dan petrokimia (RM2.3 bilion).

Hartanah (RM1.095 bilion), perkhidmatan (RM0.45 bilion), pendidikan (RM.19 bilion), pertanian (RM0.05 bilion), pembinaan (RM0.03 bilion) dan logistik (RM0.01 bilion).

“Pelaburan itu akan mewujudkan anggaran sebanyak 25,279 peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan,” demikian menurut JPM dalam jawapan bertulis kepada Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) di Dewan Rakyat, Isnin.

Che Mohamad Zulkifly bertanya mengenai jumlah dan jenis pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Terengganu sejak ECER dilancarkan.

Menurut JPM, sebanyak RM464 juta pelaburan telah diluluskan bagi daerah Setiu bagi tempoh sama, merangkumi sektor pembuatan (RM450 juta), pertanian (RM7.74 juta) dan pelancongan (RM6 juta), yang dijangka mampu menjana 360 peluang pekerjaan untuk masyarat tempatan.

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ditubuhkan pada 2007 bagi menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah di Pantai Timur Semenanjung termasuk Terengganu melalui pelaksanaan projek dan program berdaya maju dan mampan. – BERNAMA

Tags: Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd