• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran gelanggang bola keranjang di Taman Desa Melati 2 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata kejadian kira-kira 7 malam itu berlaku ketika Iman Danish Mohd Sazali, 16, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bermain bola keranjang di gelanggang itu.

“Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui jalan pintas di satu kawasan berhampiran substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), menyebabkan mangsa menjerit lalu rebah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Iman Danish, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital swasta di sini.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat dan siasatan sedang dijalankan di tempat kejadian, kata Zaldino.

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sazali Saad, 49, berkata Iman Danish bersama-sama kakaknya, Nazreen Fitri, 17, dalam perjalanan ke rumah selepas ke padang permainan berhampiran untuk beriadah.

Katanya beliau berada di rumah ketika itu dan diberitahu mengenai kejadian itu oleh isterinya Azlinda Abu Bakar, 48, yang mengambil adik mangsa di sekolah selepas mendapat panggilan daripada Nazreen Fitri.

“Nazreen Fitri melihat kejadian yang menimpa adiknya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Jalan pintas itu sering digunakan penduduk taman ini.

“Jeritan adiknya didengari beberapa jiran yang berada berhampiran, malah dua lelaki yang berusaha memberi bantuan terpaksa menggunakan kayu untuk menarik badan arwah,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Menurutnya Iman Danish pada mulanya dikejarkan ke Nilai Medical Centre dan doktor berusaha menyelamatkanya selama hampir 45 minit sebelum mengesahkan kematiannya kemudian.

Iman Danish merupakan anak keempat daripada lapan beradik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gvHELt9NPdQ[/wpdevart_youtube]

Tags: mautrenjatan elektrik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Bau Busuk Ketiak Syarat Pemandu Teksi Ojek Jakarta

Next Post

Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Jumpe Chen Long Di Final

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

Next Post

Chong Wei Tewaskan Lin Dan, Jumpe Chen Long Di Final

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd