• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 Lulus Peringkat Dasar

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota parlimen.

Sebanyak 128 Anggota Parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan kali kedua, berbanding 74 yang menolak.

Undian belah bagian dijalankan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan beberapa Anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang mahukan undian itu dijalankan.

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak hadir ke sesi petang sidang Parlimen semalam.

Keputusan itu membuatkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang membuat bising sebelum Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara bersahaja mengulas: “Walaupun nyaring suara tidak bersetuju, tetapi hakikatnya yang bersetuju itu lebih Yang Berhormat”.

Turut hadir semasa pengundian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mengambil bahagian dalam undian itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari bermula 26 Okt lalu sebelum digulung di peringkat kementerian selama tiga hari, dan diluluskan hari ini di peringkat dasar.

Rang undang-undang yang bertujuan memperuntukkan sejumlah RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2016 itu dijadual akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.

Sementara itu, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, rang undang-undang itu hanya akan diluluskan sepenuhnya selepas selesai perbahasan dan penggulungan di peringkat jawatankuasa dan dibacakan kali yang ketiga.

Persidangan dewan bersambung hari ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]1cpr8VmM7bc[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd