• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Dipelawa Beri Nama Kepada Anak Panda

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Hangat
4
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Para juri telah bersedia memilih nama untuk anak panda dan rakyat Malaysia dijemput mengemukakan idea mereka melalui pertandingan peringkat kebangsaan yang akan bermula tidak lama lagi.

“Sudah tentu, kita tidak mahu menamakannya Ahmad, Ah Beng atau Phua Chu Kang,” kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar sambil berjenaka.

Katanya, nama yang bakal diberikan mestilah mengambil kira sensitiviti China.

Beliau berkata, setelah nama dipilih, kementerian dan Zoo Negara akan mendapatkan persetujuan dari negara itu.

Butiran pertandingan, yang akan dibuka selama dua bulan akan diumumkan melalui laman sesawang kementerian, katanya.

Wan Junaidi berkata beliau telah melaporkan keadaan panda ke Kabinet dan rakan-rakan menteri bersetuju bahawa sudah sampai masanya anak panda itu diberi nama.

“Kita memerlukan bantuan rakyat Malaysia untuk menamakannya, sama seperti apa yang kita lakukan dengan ibunya (Liang Liang) dan bapanya (Xing Xing),” katanya.

Tambahnya, mereka masih belum membuat keputusan mengenai hadiah, namun pengumuman peraduan itu akan dibuat tidak lama lagi.

Ditanya bila anak panda itu yang yang lahir pada 18 Ogos akan pertama kali ditunjukkan kepada orang awam, Wan Junaidi berkata beliau sendiri masih tidak melihatnya kerana jadual yang ketat.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak akan dilakukan dalam masa terdekat kerana kementerian tidak mahu ia akan memberi kesan kepada pertumbuhannya.

“Selain itu, kita juga tertakluk kepada keadaan ibunya. Hanya apabila Liang Liang sanggup melepaskan anaknya itu, kita akan benarkan orang ramai melihatnya,” katanya.

Wan Junaidi memberi jaminan bahawa anak panda itu akan dijaga dengan baik.

Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada Mei tahun lepas, sebagai menandakan 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Liang Liang telah melahirkan seekor anak panda seberat 175gm.

Laporan akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa beratnya sekarang adalah 5kg.

Ia akan dikembalikan kepada China selepas ulang tahun kedua. – mStar Online

Tags: Anak PandapandaZoo Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pembukaan Night Zoo di Zoo Johor bermula 27 Mac ini, sekali...

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

08/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd