• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rajinikanth Luang Masa Bertemu Peminat Sakit

oleh Ahmad Albab
19/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang membuatkan Agnes Sandanam, 49, yang sedang bertarung nyawa, bahagia selain dapat berjumpa dengan bintang filem India kesukaannya, Rajinikanth yang kini berada di ibu negara untuk penggambaran filem.

Agnes, yang berasal dari Singapura, disahkan menghidap kegagalan jantung peringkat akhir, mempunyai impian terakhir dalam hidupnya iaitu ingin bertemu dengan bintang filem Tamil itu sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

“Saya merupakan peminat fanatik Rajinikanth sejak saya berusia 12 tahun lagi, kini tahap kesihatan saya agak kritikal. Hasrat terakhir saya ialah untuk berjumpa dengan artis terkenal itu,” katanya kepada Bernama selepas bertemu Rajinikanth di sini baru-baru ini.

pesakit

Agnes berkata beliau mengambil pelbagai inisiatif dan terus berusaha untuk bertemu Rajinikanth dan akhirnya Sri Shankar Ganesh, pengasas Isai Empire yang juga bekas penyampai radio THR membawa sinar harapan untuk merealisasikan impiannya itu.

“Saya membuat permintaan itu menerusi laman sosial Facebook Shankar dan terharu serta gembira apabila beliau bersetuju untuk membantu saya,” kata Agnes yang ditemani anak perempuannya.

Walaupun berkerusi roda, Agnes tiba di ibu kota Jumaat lepas dari Singapura semata-mata untuk berjumpa idolanya itu pada Sabtu di hotel penginapan bintang ternama itu.

Tarikh 14 Nov merupakan detik paling bermakna dan akan diingati selalu dalam hidupnya setelah Shankar berjaya mengatur pertemuannya dengan Rajinikanth, 65.

“Saya begitu gembira dapat berjumpa dengan Rajinikanth di depan mata saya sendiri dan tiada kata-kata yang boleh diucapkan untuk menyatakan perasaan saya kerana hasrat saya telah dipenuhi,” katanya dengan linangan air mata.

Agnes berkata Rajinikanth seorang yang merendah diri, mesra dan tidak menyangka walaupun beliau sakit, tetap sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bertemu bintang filem ‘Padayappa’ itu.

Dalam pertemuan 30 minit di depan bilik penginapan Rajinikanth, Agnes turut memeluk pelakon itu dan tidak melepaskan peluang merakam foto kenang-kenangan yang sangat berharga dalam diari kehidupannya itu.

Sementara itu, Shankar atau lebih dikenali sebagai Funky Shankar berkata beliau gembira dapat memenuhi permintaan Agnes walaupun berdepan pelbagai cabaran semasa mengatur pertemuan itu.

“Sebaik mendapat permintaan daripada Agnes, saya menghubungi ramai orang agar dapat berjumpa dengan Rajinikanth. Pada mulanya ada pihak yang menipu dan menabur janji kosong.

“Akhirnya saya berjumpa dengan penganjur yang menguruskan aktiviti Rajinikanth dan berterus-terang dengan mereka bahawa ada peminat yang sedang sakit mahu berjumpa dengan artis itu dan mereka terus bersetuju,” katanya.

Shankar berkata walaupun terpaksa menunggu dari pukul 7 malam dan hanya dapat berjumpa tiga jam selepas itu, penantian itu berbaloi apabila Rajinikanth menyambut mereka dengan mesra.

“Rajinikanth seorang yang benar-benar rendah diri dan mesra dalam kehidupan sebenar, sebab itulah ramai yang menyukai beliau sehingga kini,” katanya.

Bintang veteran itu tiba di Malaysia awal bulan ini dan akan berada di Malaysia sehingga Sabtu ini bagi menjalani penggambaran filem terbarunya, ‘Kabali’ di Melaka dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: pesakitRajinikanth
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd