• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Penyelidikan PAS Dedah Rahsia Jahat DAP!

oleh Ahmad Albab
04/11/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Penyelidikan PAS mendedahkan niat DAP untuk merampas tampuk pentadbiran kerajaan Malaysia daripada kaum Melayu dengan memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, DAP turut merangka strategi tersebut dengan memperkudakan beberapa individu atau tokoh Melayu yang menyertai DAP semasa kewujudan Pakatan Rakyat.

“Semenjak PAS bertahaluf bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini, Pusat Penyelidikan PAS telah menelaah strategi dan unjuran DAP untuk menguasai Malaysia melalui Pakatan Rakyat iaitu dengan memaksimakan kemenangan calon-calon bukan Islam dan meminimakan kemenangan calon-calon Islam.

“Pendekatan mereka (DAP) dengan memainkan isu-isu sensitif berkaitan sentimen agama dan kaum, seperti isu kalimah Allah, penolakan dasar-dasar afirmatif seumpama Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain. Ketika itu, PAS sentiasa menjadi halangan utama,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

DAP pada Ogos lalu mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur dan membentuk satu gabungan baharu parti pembangkang bersama-sama PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Mohd. Zuhdi dalam pada itu mendedahkan kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati pemimpin DAP kini semakin rakus dan ghairah untuk menawan Putrajaya dengan menunggangi Pakatan Harapan.

Menurutnya, DAP turut menyerang kepentingan masyarakat Islam, tidak menghormati institusi Melayu, memperlekehkan kepimpinan Islam dan mengobarkan sentimen anti Melayu untuk terus melonjakkan sokongan pengundi bukan Islam.

“Bagi mendapat sejumlah kecil sokongan pengundi Islam yang turut penting untuk menawan Putrajaya, DAP mempergunakan PAN dan segelintir PKR untuk menyempurnakan hasrat mereka.

“PPP yakin pengundi Melayu-Islam akan menolak DAP, malah pengundi Cina dan bukan Islam yang lain juga akan menyedari niat kotor DAP ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPpakatan rakyatPASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd