• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulau Pinang Negeri Terbaharu Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir ekoran hujan lebat.

Dalam kejadian itu 37 penduduk daripada 11 keluarga di Jalan Gertak Sanggul dan Kampung Suluk, Teluk Kumbar, George Town terpaksa dipindahkan ke Dewan Perda Teluk Kumbar selepas rumah mereka dinaiki air, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kesemua mangsa banjir dipindahkan sejak pukul 10 malam tadi selepas air mula naik sehingga 1 meter berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Anggota-anggota bomba dan penyelamat meninjau rumah ke rumah ditenggalami banjir di Kampung Sulup, Teluk Kumbar.

“Sebelas buah rumah di kawasan itu dinaiki air dan semua mangsa terdiri daripada lapan lelaki, 18 wanita, enam kanak-kanak perempuan serta lima kanak-kanak lelaki telah dipindahkan,” katanya di sini hari ini.

Pihak bomba turut melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dan operasi pemindahan mangsa banjir ditamatkan pada pukul 5.10 pagi.

Hujan lebat yang berlarutan hingga tengah malam tadi itu turut menyebabkan beberapa kawasan rendah di Bayan Baru, Zon Industri Bebas Bayan Lepas, Bayan Lepas, Batu Maung, Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Jalan Sungai Tiram dinaiki air hampir setengah meter.

Banjir kilat itu juga mengakibatkan kesesakan teruk sepanjang hampir tiga kilometer di Jalan Bayan Lepas selain puluhan kereta dan motosikal rosak kerana dimasuki air.

Jalan utama di sekitar kawasan dinaiki air turut ditutup kepada kenderaan ringan kerana berbahaya kepada lalu lintas manakala semua aliran trafik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa dilencongkan ke jalan alternatif berikutan laluan menghala ke pusat bandar ditutup.

Menurut PGO lagi ratusan rumah dan kedai di kawasan berkenaan termasuk di tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong juga dinaiki air kira-kira 30 sentimeter bagaimanapun ia mula surut sejak pukul 1 pagi tadi.

Sementara itu di Ipoh, PERAK, seramai 338 orang mangsa banjir membabitkan 98 keluarga di beberapa daerah di negeri itu masih berada di tiga buah pusat pemindahan setakat pukul 10 pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis berkata seramai 139 ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, 172 orang di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan 27 orang lagi ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Simpang Lima.

Air masih berada pada paras 0.3 hingga 1.2 meter di kawasan-kawasan terbabit, katanya.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan Bandar Baharu setakat 10 pagi ini tidak berubah berbanding semalam iaitu seramai 130 mangsa.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Noor Azizah Abdul Razak berkata ia melibatkan 24 keluarga dengan 89 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaaan (SK) Bandar Baharu dan 41 mangsa daripada 16 keluarga di pusat pemindahan SK Sungai Kecil Ulu.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung (Kg) Asam Kumbang, Kg Bagan Samak, Kg Berjaya, Kg Besar dan Kg Raja. – BERNAMA

Tags: BanjirPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd