Sample Page Title

SERDANG – Sesi pengundian pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC ke-67 bagi memilih jawatan utama parti itu selesai pada pukul 11.15 pagi hari ini.

Proses itu yang berlangsung selama dua jam menyaksikan kira-kira 1,400 perwakilan termasuk 35 daripada sayap Wanita serta Pemuda MIC dan 16 sayap Putera dan Puteri mengundi.

Keputusan dijangka diketahui pada pukul 2 petang ini.

Jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan kali ini ialah timbalan presiden, tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Jawatan timbalan presiden menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Seri S. K. Devamany dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Pada awal sesi mengundi, seorang perwakilan MIC ditahan jawatankusa pemilihan parti atas dakwaan merakamkan imej kertas undi di petak mengundi.

Insiden itu disahkan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atas perwakilan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...