• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Kewangan KUIN Tidak Memuaskan – Audit

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan Kolej Universti Insaniah Sdn Bhd bagi tahun 2012 hingga 2014 tidak memuaskan berdasarkan analisis trend dan nisbah kewangan yang dijalankan.

Menurut laporan itu, bagi 2012 dan 2013 syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai masing-masing berjumlah RM1.3 juta dan RM8.85 juta, bagaimanapun pada 2014, syarikat mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM1.06 juta.

“Keuntungan pada 2014 bukan diperoleh daripada keuntungan operasi tetapi merupakan keuntungan daripada pelbagai pendapatan lain sejumlah RM3.32 juta,” menurut laporan itu.

Laporan berkenaan menyatakan kedudukan kerugian terkumpul bagi tempoh tiga tahun dari 2012 hingga 2014 masing-masing berjumlah RM4.13 juta, RM12.98 juta dan RM11.58 juta.

Dalam pada itu, semakan audit terhadap Laporan Baki Hutang Pelajar yang dijana oleh Sistem Insaniah Campus Management System (ICMS) sehingga 31 Dis 2013 mendapati sejumlah RM7.25 juta tunggakan yuran pelajar.

Penyumbang tertinggi kepada tunggakan itu adalah pelajar Diploma yang telah tamat belajar berjumlah RM1.55 juta manakala kedua tertinggi ialah pelajar gagal dan berhenti (RM1.3 juta).

Sementara itu, KUIN dalam maklum balas bertarikh 22 Jun 2015 memaklumkan bagi pelajar yang menamatkan pengajian, tindakan akan diambil melalui panel peguam KUIN bagi menuntut semula hutang yang tidak dijelaskan.

Baki yuran tertunggak sehingga 23 Ogos 2015 berjumlah RM13.36 juta, menurut laporan itu.

Audit turut berpendapat pembukaan Kampus Sementara Stargate dan perbelanjaan pengubahsuaian berjumlah RM6.72 juta serta kos pembersihan bangunan kepada keadaan asal berjumlah RM0.81 juta merugikan KUIN.

Ini kerana bangunan tersebut hanya digunakan untuk dua tahun sahaja sebelum berpindah ke kampus sendiri di Kuala Ketil.

Semakan audit turut mendapati pendahuluan dan pinjaman kepada enam syarikat subsidiari berjumlah RM34.14 juta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengara KUIN Sdn Bhd.

“Pinjaman tersebut diberi berterusan di antara 2009 hinga 2013 untuk pembayaran gaji bayaran utiliti, bayaran sewa walaupun KUIN menyedari syarikat subsidiari tidak berkemampuan untuk membayar balik pinjaman,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun KUIN dalam maklum balas pada 22 Jun 2015 memaklumkan telah menghentikan pemberian pendahuluan dan pinjaman kepada syarikat subsidiari mulai Mei 2013 dan berjaya menjimatkan dana sejumlah RM7.19 juta pada 2013 dan RM14.67 juta pada 2014. – BERNAMA

Tags: AuditKUIN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Parlimen: RazakSat2 Masih Dalam Proses Pilih Rakan Teknologi – MOSTI

Next Post

Video: Lagi Kejadian Buli Melibatkan Pelajar Perempuan

Related Posts

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

KKM Sedang Audit Klinik Kesihatan Boleh Operasi Lebih Lama

23/01/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan sedikit masa lagi bagi mengenal pasti klinik kesihatan (KK) yang boleh beroperasi secara lebih...

Mana Pergi Audit Dana Diterima Syed Saddiq?

29/05/2022
0

Sudah 10 bulan berlalu sejak Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan menjemput Ernst & Young mengaudit program...

Next Post

Video: Lagi Kejadian Buli Melibatkan Pelajar Perempuan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd