• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tak Benarkan Perhimpunan Aman Warga Teksi Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Perhimpunan Aman Warga Teksi yang dijadual berlangsung di ibu negara Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata perhimpunan itu melanggar undang-undang, dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.

Zainol berkata pihaknya telah menerima notis daripada Persatuan Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang bagi mengadakan perhimpunan itu di sekitar kawasan Kraftangan di Jalan Conlay, Padang Merbok, Masjid Negara dan Dataran Merdeka pada 6 Nov lepas.

“Notis yang dikemukakan mereka tidak dapat diproses kerana tidak disertakan surat kebenaran tuan punya tempat perhimpunan tersebut diadakan.

“Sekiranya perhimpunan itu diadakan, maka perhimpunan itu satu perhimpunan yang tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Antara objektif utama perhimpunan ini adalah untuk mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi ‘Uberteksi’ dan ‘Grabcar’ yang dilihat menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Pada masa sama, Zainol menasihatkan agar pemilik permit teksi menentukan bahawa teksi mereka tidak digunakan bagi tujuan perhimpunan.

“Sekiranya teksi-teksi itu digunakan di dalam perhimpunan, maka polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eLdQ3HaZALs[/wpdevart_youtube]

Tags: PerhimpunanTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd