• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Terlibat Kes Pecah Rumah, Samun Di Bercham

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan samun di sekitar kawasan taman perumahan di Bercham di sini pada 13 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata tindakan pantas aduan seorang jiran di taman perumahan itu kira-kira 3.50 petang, polis memberkas dua lelaki berkenaan yang menaiki kereta jenis Honda Civic di susur keluar dari Bercham ke Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

“Ketika kejadian, dua suspek itu sedang memecah masuk rumah yang tidak berpenghuni. Kegiatan itu disedari oleh jiran dan kemudian membuat aduan kepada pihak polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini Selasa.

Beliau berkata polis menahan kedua-dua suspek selepas kereta yang dinaiki mereka berhenti setelah melanggar kereta orang awam.

“Dalam kereta itu polis menemui beberapa barangan yang dicuri suspek antaranya empat utas jam tangan jenis Tissot, Seiko, Cassio dan Garuda; wang kertas rupiah (RM300); wang syiling; televisyen; empat buah telefon bimbit jenama Iphone, Lenovo, Samsung dan Sony Ericsson yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000,” katanya.

“Selain itu, polis turut menemui senjata yang digunakan antaranya dua batang kuku kambing, pemutar skru, sebatang playar, sebatang kunci allen dan sepana hidup,” katanya.

Katanya kereta yang dinaiki suspek adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sum berkata hasil siasatan mendapati suspek utama berumur 37 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau antaranya samun, dadah dan mencuri manakala rakannya berusia 34 tahun tidak mempunyai kesalahan lampau.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut, katanya.

Sementara itu, Sum berkata polis menahan enam lelaki warga Vietnam termasuk ketuanya berumur 21 tahun hingga 38 tahun di kawasan taman perumahan di Rishah dan Buntong pada 31 Okt lepas.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah dan samun.

“Antara barangan yang ditemui dalam kereta terbabit ialah dua buah komputer riba, pelbagai senjata termasuk dua batang paip besi, sebatang pemutar skru, penutup muka, mesin grainder jenama Bosch, mesin drill jenama Grender dan sebatang pahat,” katanya.

Sum berkata mereka juga dipercayai terlibat memecah masuk dan samun kedai nombor ramalan yang mengakibatan kerugian antara RM100,000 dan RM200,000 di sekitar bandar raya ini.

Kesemua mereka ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd