• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Adakan Lawatan Kerja Ke Turki Sempena Sidang Kemuncak G20

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANTALYA (Turki) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, pada Sabtu sempena lawatan kerja tiga hari ke Turki bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di sini.

Duta Malaysia Ke Turki Datuk Amran Mohamed Zin berkata Najib dan Erdogan dijangka akan membincangkan isu dua hala melibatkan kedua-dua buah negara, sebelum menghadiri sidang kemuncak G20 yang akan diadakan selama dua hari mulai Ahad ini.

Sidang Kemuncak G20 merupakan forum perdana melibatkan kerajaan dan gabenor bank pusat daripada 20 ekonomi utama bagi membincangkan kerjasama kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Malaysia telah dijemput atas kapasiti Najib sebagai Pengerusi ASEAN 2015, dan kerana hubungan dua hala antara Malaysia dan Turki yang kukuh, kata Amran pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Amran berkata Najib, yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan turut diraikan oleh Erdogan dan isteri di jamuan makan malam di sebuah hotel di sini pada Sabtu malam.

Najib dan rombongannya dijangka tiba di sini pada 11.55 malam waktu tempatan (5.55 pagi Sabtu waktu Malaysia) bagi memulakan lawatan kerja itu, katanya.

Amran berkata ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antalya di sini Jumaat malam akan disambut oleh Gabenor Antalya Muammar Turker serta Menteri Ekonomi Turki Nihat Zeybekci.

Najib turut diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Amran, program Sidang Kemuncak G20 begitu padat bermula Ahad ini dengan acara sambutan dan diikuti oleh majlis makan tengah hari yang memberi peluang kepada perwakilan G20 untuk membincangkan isu-isu berkaitan agenda pembangunan serta perubahan iklim.

Ini disusuli dengan sesi pertama yang memberi tumpuan kepada agenda berkaitan “pertumbuhan inklusif”, ekonomi global dan pekerjaan.

Menurut Amran, topik-topik ini merupakan isu perbincangan utama G20 sejak ditubuhkan pada 2008 dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi dunia dan menstabilkan kewangan global bagi manfaat semua pihak.

Seterusnya pada Ahad malam, Najib dan isteri akan menghadiri resepsi yang dihoskan oleh Perdana Menteri Turki Ahmet DavutoÄŸlu dan isteri, dan diikuti dengan majlis makan malam yang membincangkan isu berkaitan cabaran-cabaran global terutamanya keganasan dan krisis pelarian.

Sementara itu, Rosmah pula akan menghadiri program berasingan sempena sidang kemuncak itu bersama isteri-isteri ketua-ketua negara yang lain termasuk melawat Pusat Rehabilitasi Orang Kurang Upaya Antalya, pusat kanak-kanak kurang upaya yang kedua terbesar di Eropah.

Sidang Kemuncak G20 dianggotai negara Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Japan, Korea Selatan, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, negara-negara yang turut dijemput menghadiri sidang itu termasuk Zimbabwe, selaku Pengerusi Kesatuan Afrika, Senegal mewakili Perkongsian Baru Bagi Pembangunan Afrika (NEPAD), Azerbaijan dan Singapura. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]KNeE4Lt8Qko[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd