• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Gesa Tindakan Ke Atas Pegawai Kerajaan Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang menyalahgunakan kuasa dalam menguruskan program subsidi beras hancur ST15 peratus.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, tindakan perlu diambil ke atas ke atas pegawai kerajaan yang meminta pemborong membayar rasuah kepada mereka untuk dipilih membekalkan beras itu di negara ini.

“Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan pemborong beras di negara ini, rasuah sehingga RM350 telah dibayar bagi peruntukan setiap metrik tan “kuota khas” beras ST15 kepada pegawai-pegawai kerajaan yang korup.

“Sebagai contoh, untuk layak untuk menerima “kuota khas” 10,000 metrik tan beras ST15 bulanan, pegawai kerajaan kotor akan menerima RM42 juta rasuah setahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hsiao Leung berkata, pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak segera kerana perkara itu turut didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara kelmarin.

Menurutnya, laporan itu mendedahkan butiran mengejutkan tentang penyalahgunaan kuasa secara meluas dan kecuaian besar dalam menguruskan program subsidi beras hancur ST15 peratus tersebut.

“Laporan Ketua Audit Negara bagi tempoh Januari 2012 hingga Februari 2013 dan Julai 2013 hingga April 2014 mendapati 128,600 metrik tan beras ST15 telah diberikan kepada pemborong-pemborong di bawah “kuota khas”

“Penemuan Ketua Audit Negara mengenai “kuota khas” adalah bukti penyalahgunaan kuasa serius dan salah laku berbaur amalan rasuah dan perlu ditangani dengan segera,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]is4BCFuUjy4[/wpdevart_youtube]

Tags: PKRrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd