Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Keputusan Pelantikan Latheefa Muktamad...

PELANTIKAN Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru...

2,659 Mangsa Banjir Dipindahkan...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di...

DAP Bengang Bersih 5...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang kerana ramai beranggapan perhimpunan...

Tunku Ismail Tawar Diri...

JOHOR BAHRU - "Benarkan saya mengemudi pasukan kebangsaan. Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan...

Pihak Katerer Mohon Maaf Salah Eja Scissors Salad

SUSULAN kisah viral salah ejaan untuk salad yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam melibatkan ahli Parlimen baru-baru ini, pihak katerer Putrade Management Property Sdn Bhd mengutus satu surat mohon maaf kepada Parlimen.

Dalam surat rasmi yang dihantar kepada ketua pentadbiran Parlimen, Datuk Awang Alik Jeman, Putrade menjelaskan mengenai kesilapan ejaan dalam menu seperti scissors salad (caesar salad) dan cream brule (creme brulee).

Memetik laporan The Star, pengerusi syarikat katering tersebut Tan Sri Datuk Seri Dr Alias Anor Abdul menyatakan, beliau telah bertemu dengan kesemua ketua jabatan yang terlibat dalam majlis makan malam tersebut dan memberi jaminan kesilapan sebegitu tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

Menurut Alias, kesilapan ejaan itu sebenarnya telah dibetulkan sebelum majlis berlangsung.

Majlis Perjumpaan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama pegawai-pegawai kanan Parlimen diadakan pada 23 November lalu.


Kesilapan ejaan pada menu di majlis tersebut menjadi viral selepas ada tetamu berkongsi gambar kesilapan itu sehingga menjadi viral di media sosial Twitter dan aplikasi perbualan WhatsApp.

Pihak Parlimen dikatakan kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar tersebut sehingga menjadi viral. – MYNEWSHUB.CC

How to Make Caesar Salad Supreme

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori