• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Terjunam Ke Dalam Laut Ketika Mahu Mendarat Cemas

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Sebuah pesawat milik persendirian jenis Piper 32 terjunam ke dalam laut dan terbalik ketika ingin melakukan pendaratan cemas di atas laut kira-kira 100 meter dari Pantai Teluk Dalam, Kampung Tersusun, Pulau Pangkor hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata pesawat itu terpaksa membuat pendaratan cemas berikutan ekornya tersangkut pada pagar lapangan terbang untuk pelepasan dan pendaratan jarak dekat (STOL).

Beliau berkata pesawat itu milik Syarikat Ever Success Auto (Thailand) Ltd dipandu oleh juruterbang warga Singapura beserta seorang pembantu juruterbang warga tempatan berumur 76 tahun dengan membawa dua penumpang iaitu seorang wanita warga China berumur 27 tahun dan seorang lelaki warga Singapura berumur 51 tahun.

Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan, katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Tengku Mohd Zailan berkata pesawat berkenaan berlepas dari lapangan terbang STOL itu menuju Subang pada pukul 1.20 tengah hari.

Ia terhempas kira-kira 300 meter dari tempat pelepasan.

Pesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, 4 Terselamat

“Pesawat itu tersangkut pada dawai pagar yang terletak 200 meter dari tempat berlepas sehingga menyebabkan bahagian ekornya patah.

“Juruterbang pesawat berkenaan yang menyedari perkara itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di atas laut kira-kira 100 meter dari pantai.

“Namun pesawat itu kemudiannya terjunam ke dalam laut dan terbalik mengakibatkan kesemua mangsa di dalam pesawat berkenaan terperangkap dalam air,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa yang sedang bercuti di Pulau Pangkor sejak petang semalam itu berjaya diselamatkan oleh beberapa penduduk tempatan yang melihat kejadian itu.

“Semua mangsa tidak mengalami kecederaan dan di hantar ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bangkai pesawat berkenaan telah ditarik ke tepi pantai menggunakan jentera bomba selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” katanya.

– BERNAMA

[wpdevart_youtube]_H0r9hKUV6I[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd