• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Minta Kebenaran Pihak Berwajib Lakukan Aktiviti Di LPT2

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengingatkan orang ramai termasuk pelajar sekolah agar tidak melakukan tindakan yang boleh mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata tindakan sekumpulan pelajar sekolah yang membaca surah Yasin di bahu jalan Lorong Kecemasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) adalah salah di sisi undang-undang.

Katanya biarpun perbuatan itu berniat baik namun pihak penganjur perlu memilih lokasi yang stategik seperti kawasan rawat dan rehat berhampiran lebuh raya tersebut.

“Saya nasihatkan kepada semua pihak yang ingin melakukan solat hajat mahupun bacaan yasin di sepanjang laluan itu mesti mengikut prosedur sepatutnya seperti mendapat kebenaran daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Paling utama mereka perlu memilih lokasi yang sesuai kerana lorong kecemasan itu hanya dibenarkan kepada kenderaan yang rosak sementara menunggu bantuan dan bukannya untuk melakukan sebarang aktiviti,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rosli berkata demikian mengulas mengenai tindakan pelajar dan guru daripada sekolah agama di negeri ini yang mengadakan solat hajat dan bacaan yasin LPT2 Sabtu lalu.

Gambar sebuah bas berhenti di tepi jalan dan pelajar sedang membaca Yasin di tepi LPT2 yang boleh mengundang bahaya menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen.

Menurutnya pihaknya akan memanggil pihak sekolah berkenaan bagi memberi amaran dan mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Jelasnya tindakan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana meletak kenderaan di lorong kecemasan. – BERNAMA

Tags: LPT2polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd