• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Berkurung Di Esszone Dilanjutkan Sehingga 25 Nov

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 25 Nov, berkuat kuasa mulai 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung yang masuk fasa ke-31 itu merangkumi tujuh daerah di kawasan pantai timur Sabah, melibatkan jarak tiga batu nautika.

Daerah terlibat ialah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, para penyelidik antarabangsa, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.

“Kita mahu pastikan ancaman penculikan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina dapat dihindarkan kerana maklumat mendedahkan kegiatan ‘Kidnapping For Ransom’ (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh unutk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata lanjutan perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasa memantau pergerakan bot yang mencurigakan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Katanya, keputusan melanjutkan perintah berkurung itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.

Katanya, kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di Esszone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd