• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Veterinar Terima Cek RM12,500 Didenda RM7,000

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang Penolong Pegawai Veterinar dijatuhi hukuman denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, terhadap tuduhan menerima sekeping cek bernilai RM12,500 berhubung program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (PINTAF), dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz turut mengarahkan tertuduh, Zablina Bilmas, 43, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Zablina didakwa menerima cek Bank Islam Berhad itu daripada Koperasi Kakitangan Veterinar Johor Berhad (KKVJB) yang diketahui mempunyai hubungan kerja rasmi yang dijalankan koperasi terbabit dengan Pejabat Veterinar Daerah Segamat berkenaan kerja membekal dan menghantar 50 ekor ternakan lembu induk dalam negeri ini menerusi program PINTAF.

Tertuduh, yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Veterinar di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Segamat, didakwa melakukan kesalahan terbabit di Bank CIMB Cawangan Segamat, antara 9.30 pagi dan 4.30 petang, 30 Dis lepas.

Zablina yang kini bertugas di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Johor Baharu dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, KKVJB memperoleh kerja membekal dan menghantar 50 ekor lembu bernilai RM137,500 kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor menerusi program PINTAF yang dilancar pada November 2013.

Zablina yang juga Setiausaha KKVJB, kemudian telah mengemukakan satu borang tuntutan kos membekal dan menghantar 50 ekor ternakan lembu induk kepada KKVJB berjumlah RM12,500, pada 28 Nov 2013.

KKVJB kemudian mengeluarkan sekeping cek Bank Islam atas nama Zablina pada 30 Dis 2013 bagi tujuan pembayaran tuntutan sedangkan Zablina tidak menjalankan kerja seperti mana yang dinyatakan di dalam borang tuntutan berjumlah RM12,500 berkenaan.

Wang berjumlah RM12,500 telah dikreditkan ke dalam akaun peribadi CIMB atas nama Zablina pada 2 Jan 2014 dan Zablina kemudian ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat pada 1 April lepas.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Noor Fazlin Hamdan manakala Zablina yang mempunyai tiga anak dan menanggung ibu bapa, tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan Zablina membayar kos pendakwaan berjumlah RM500 menerusi wang kiriman pos ke alamat SPRM Johor dan dia boleh dikenakan penjara sebulan sekiranya gagal berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: dendaPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd