• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Didakwa Cabul Rakan Sekerja

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Cheras hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan rakan sekerjanya.

Mohd Azizulakim Dzulkifli, 31, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan selepas ia dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan dengan maksud hendak mencabul kehormatan mangsa, 18, yang juga pengawal keselamatan di tempat sama.

Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di kaki lima Aras 19, Blok A, berdekatan tangga kecemasan aras 19 Blok B dan di kaki lima Aras 17 Blok A sebuah kondominium di Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini pada 3 petang 6 Jun, 4 petang 18 Jun dan 9.30 malam 3 Julai tahun ini.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Mohd Azizulakim didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit
kesalahan.

Lelaki itu turut didakwa menyebut perkataan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan mangsa di kaki lima Aras 19 Blok A kondominium itu pada 3 petang, 16 Jun lepas.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qCyEuUiIlQ0[/wpdevart_youtube]

Tags: cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd