• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 3 Maut Kemalangan Di Baling

oleh Ahmad Albab
22/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar kereta di Kampung Dalam Wang, Jalan Sungai Limau-Bongor di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Baling, DSP Wari Kiew berkata kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Nur Atirah Mat Isa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, dekat sini sedang dalam perjalanan dari Jalan Sungai Limau ke rumahnya di Kampung Padang Che Mas.

“Semasa kejadian mangsa menunggang di sebelah kiri jalan dan membelok ke kanan secara mengejut di hadapan kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 72 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemandu berkenaan, katanya cuba mengelak motosikal itu namun gagal lalu melanggar mangsa, menyebabkan mangsa terjatuh dan maut di tempat kejadian.

Pemandu berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd