• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar SPM Bunuh Diri Lewat 5 Minit Ketika Exam – Rakan

oleh AK-47
28/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA kematian seorang remaja lelaki yang dilaporkan membunuh diri ekoran kecewa setelah gagal menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kertas Matematik Tambahan 1 Selasa lalu, mengejutkan banyak pihak.

BACA: Pelajar SPM Bunuh Diri Lepas Jawab Soalan ‘Add Maths’

Seorang rakan sekelas mendiang yang tidak mahu dikenali mendedahkan, pada hari kejadian Hon Ye tiba lima minit lewat untuk menjawab soalan kertas Matematik Tambahan 1.

foundass.transformed_1

Menurutnya, hal itu membuatkan dia berasa pelik kerana kebiasaannya mendiang selalu menepati masa.

“Kami tidak pernah terfikir dia begitu tertekan sehingga sanggup bunuh diri. Dia beritahu guru mahu pulang ke rumah dan meninggalkan peperiksaan separuh jalan.

“Selepas itu apabila kawan-kawan mengajak keluar makan, dia menolak pelawaan mereka. Perkara seterusnya yang kami tahu dia sudah menggantung diri,” kata pelajar berkenaan.

Dia menyifatkan mendiang yang juga merupakan pelakon bagi drama tempatan berbahasa Cina sebagai pelajar yang kuat berusaha dan cemerlang dalam pelajaran.

“Kamu tak akan nampak dia tanpa buku. Dia selalu tinggal berseorangan dalam kelas untuk menelaah pelajaran,“katanya menerusi laporan disiarkan Malaymail Online.

Seorang lagi rakan mendiang memberitahu, Hon berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan PMR.

“Subjek kegemarannya adalah kimia. Dia juga sebahagian dari program JUARA untuk pelajar-pelajar cemerlang,” katanya.

Hon juga dikatakan seorang yang sangat merendah diri dan tidak pernah menunjuk-nunjuk meskipun bergelar pelakon.

Sementara itu, rata-rata pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, Kuala Lumpur turut beranggapan Hon Ye seorang individu yang periang.

Difahamkan semasa peperiksaan percubaan SPM, Hon mendapat 9A, 1 B.

Terdahulu, akhbar melaporkan mayat seorang pelajar berusia 17 tahun ditemui tergantung dengan lilitan tali leher di dalam biliknya di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang. – MYNEWHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=9-K4gVkBjNo]

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Hadiahkan Nissan GT-R Kepada Polis Johor

Next Post

Agong Kurnia Darjah Kebesaran Kepada 130 Penerima

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

Next Post

Agong Kurnia Darjah Kebesaran Kepada 130 Penerima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd